Wednesday, September 22, 2010

Sungai Dalam Laut.......SUBHANALLAH!!!

Assalamualaikum w.b.t.....

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.

Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR & SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

(Al-Naml 27:62)

Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Harap maklum.

Sumber :

Ummu Abbas


Sunday, September 5, 2010


HARAPAN RAMADHAN...

Assalamu’alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allahu Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala kurniaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tabi’in dan setiap nadi umat manusia yang menggerakkan risalah Islam sejak dari Nabi Adam a.s. hinggalah ke Hari Qiamat.

Alhamdulillah, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sekarang berada di bulan Ramadhan. Satu bulan yang begitu istimewa bagi umat Islam. Di dalam bulan inilah wahyu pertama diturunkan kepada baginda Nabi s.a.w. Di bulan ini juga diwajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa sebulan.

Firman Allahu Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah : 183)

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

(Surah Al-Baqarah : 185)

Jika kita menghitung hadis-hadis berkenaan fadhilat bulan Ramadhan amatlah banyak dan kita akan mendapati betapa besarnya kelebihan yang ada di dalam bulan ini. Besarnya limpah rahmat Allah Ta’ala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. di bulan ini yang tiada pada umat nabi-nabi terdahulu. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakan peluang yang ada di bulan ini untuk melipatgandakan amal ibadatnya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan sabdanya, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu berpuasa padanya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.”

(HR. Imam Ahmad dan An-Nasa’i)

Sesiapa yang berpuasa semata-mata kerana Allah dan menjaga puasanya, Allah menjanjikan pengampunan bagi dirinya dari segala dosa yang telah berlalu. Seperti mana yang disebut dalam sebuah hadis, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu”.

(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Puasa tidak terhingga pahalanya, kerana orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala yang tidak terhingga. Setiap Muslim amalannya akan diganda sebanyak 10 hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Ganjaran pahala puasa tidak terhingga di sisi Allah mengikut kesempurnaan ibadat puasa kita. Firman Allah di dalam hadis qudsi:

“…Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, ia menahan nafsu dan makan keranaKu.”

(HR. Muslim)

Namun, bukanlah pahala Ramadhan yang kita cari, tetapi redha Allah yang kita impikan. Ganjaran-ganjaran besar yang dijanjikan oleh Ilahi ini diharap dapat memberikan motivasi kepada kita untuk terus bersemangat dalam mengerjakan ibadat, ibarat ber’pesta’. Pesta ibadat.


Saya hairan dengan fenomena yang kurang elok yang melanda masyarakat Islam pada hari ini. Apabila tibanya Ramadhan, masjid dan surau penuh dengan jamaah Muslimin. Sedangkan bulan-bulan lain, sesetengah masjid satu saf pun tidak penuh. Ramai yang berqiamullail dan bertadarrus di masjid dalam bulan ini. Malah, hebatnya masyarakat kita di bulan ini, mampu mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sebulan. Sedangkan mungkin ada yang tidak dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh masa 11 bulan selepas Ramadhan.
Falsafah fardhu Ramadhan ini ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“...mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah : 183)


Tetapi, kita lihat dalam masyarakat kita, perubahan yang dilakukan hanyalah dalam bulan Ramadhan dan berubah setelah berlalunya Ramadhan. Maka, ini dilihat bercanggah dengan falfasah puasa Ramadhan yang sepatutnya melahirkan insan yang bertaqwa. Memanglah kita berasa lebih bersemangat untuk beribadat di bulan yang penuh barakah ini, tetapi kenapa tiada nilai istiqamah dalam diri kita. Sepatutnya ‘madrasah’ Ramadhan ini lebih menguatkan keimanan dan ketekunan kita dalam beribadat tahun demi tahun.

Buat terakhirnya,marilah kita masuk sebentar ke dalam diri dan jenguk sebentar hati kita.Apa khabarkah hati kita?sihatkah dia?..Seterusnya kita jenguk,bagaimana dengan puasa kita sepanjang ramadhan ini?Adakah kita gembira ramadhan akan pergi meninggalkan kita atau kita sedih ramadhan akan meninggalkan kita??jawapannya hanya kita yg tahu..

"TEPUK DADA TANYA IMAN"

WALLAHU A'LAM...

Wednesday, September 1, 2010











Maaf lambat update atas sebab2 tertentu..~
Yalah org putih kata better late than never….hehe


salam buat semua…
moga hangat beribadah di bulan ramadhan masih salju d hati kita masing2..
rasanya penat menyental periuk.. mengacau bubur..memotong dan mengupas bawang.. memblender cili..mengangkat tikar… menyusun meja..dan lain2 lagi masih terbayang di ruang mata masing2 yang mengalami nya…(mintak maaf kalu ada pekerjaan yg tidak sempat di nyatakan…)hehe…


kita semua sudah melihat.. hikmah sabar..hikmah bersatu.. hikmah kebersamaan.. serta kita saling merasai hikmah bersaudara,,,oleh yg demikian,.. perkara yg terasa mustahil..dah pun jadi reality…
berjalan lancar atau sekat2.. bermasalah atau tidak..bukan itu ukuran yg kita perlu lihat..
melainkan..marilah melihat kepada…
usaha dan kesungguhan yg telah di tunjuk kan oleh semua individu yg terlibat…
kita harus berpegang pada kata2 ‘belum cuba belum tahu..’..bersatu teguh bercerai roboh…
yalah..
ingat senang? Haha kita sama2 rasa kesulitan nya.. sama2 rasa kesenangan nya.. dan telah sama2 rasa hasilnya.. oleh itu,

Tahniah la d ucapkan pada pengarah program y berdedikasi (zubair) timbalan dia yg dedikasi jugak( liya) setiausaha y setia dan sntiasa berusaha..(qurrata) bendahari y amanah..(azhar)
protokol dan tugas-tugas khas yg rajin2 belaka (helmi) penolong dia y rajin jugak..(khadijah)
part kemudahan dan teknikal yg ceria selalu( fadhil) n penolong dia y tak kurang cerianyer jugak..(taufik)..hehe
then..unit aturcara dan pengisian yg sama2 kreatif dlm menyusun dan mengisi aturcara majlis dengan jayanya (aisyah) n penolongnya ( rafidah)
lastly..
Tukang masak y profesional( aji)n penolong tukang masak y tak kurang profesionalnya..(ehem2) haha…..

paling penting… untuk semua warga da’wah tahun 2 kawan2 di BAA1...BAA2..serta BAA3…semua sekali laa dr A-z..hoho…semuanye ya..?..`sbg ganti..saya letak gambar anda banyak2 k… hehehe…`n tak lupa.. brother shahrul y sudi dirinya menjadi tetamu undangan kami semua….serta semua yg terlibat sama ada secara lansung atau tidak bg PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAKWAH TAHUN 2..thanks a lot..!!~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...