Sunday, April 1, 2012

LAWATAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ASLI KE USIM


















Lawatan Pendidikan Masyarakat Asli Ke USIM.
Tarikh : 25 Februari 2012.
Tempat : USIM.
Anjuran : Mahasiswa/i Tahun 3 Program Da'wah & Pengurusan Islam. 



Program Lawatan Orang Asli ke USIM ini adalah program susulan selepas program khidmat masyarakat orang asli di Kg. Langkap Dangi. Lawatan mereka ke USIM adalah satu strategi untuk menyuntik semangat pembelajaran dalam diri mereka. Selain itu, kita sebagai pelajar yang mempelajari bidang agama yang mengkhususkan kepada bidang da’wah dapat menjalinkan hubungan erat serta menarik minat masyarakat untuk cintakan ilmu khususnya masyarakat luar bandar.

Tuesday, February 21, 2012














Cinta Dakwah Brunei Darussalam


Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah..syukur dengn nikmat Iman dan Islam…dapat kami wakil pelajar seramai 14 orang dan 2 orang pengiring dapat menjejakkan kaki di bumi Brunei Darussalam yang amat tenang dan tenteram…

Sekadar coretan kenangan kami untuk perkongsian dengan sahabat2 yg lain..

Pada mulanya tidak terlintas di fikiran untuk membuat kunjungan di Brunei namun dengan galakan dan sokongan timbalan dekan kami Dr. Adanan…kami dapat juga menjejakkan kami di bumi tersebut…

3 perkataan yg dapat diungkapkan ialah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR..

Subhanallah kerana melihat keindahan Negara Brunei

Alhamdulillah kerana bersyukur dengan nikmat Allah di atas warga Brunei yang sangat beruntung kerana dimurahkan rezeki

Allahuakhbar kerana dapat melihat kekuasaan Allah di bumi Brunei terutamanya kebenaran dan kebesaran agama Islam..

Untuk perkongsian, kami senaraikan aktivit-aktiviti yang kami lalui bersama..

Hari Pertama (09/02/2012) Khamis

Tempat : LCCT, Puat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam, Waterfront "Tugu 60"

-Jam 12.30, kami bertolak ke LCCT dan akan menaiki pesawat pada jam 6.30 pg. Pengalaman baru berada di airport dengan melihat gelagat manusia dan kami penuhi masa di sana dengan sesi taaruf.

- Tiba di bumi Brunei dengan selamat dan di sambut oleh pegawai di Pusat Dakwah Islamiah Brunei dan selepas diberi taklimat dan melawat sedikit aktiviti yang sedang berlangsung di sana iaitu pembelajaran para mualaf dan seterusnya kami dibawa ke penginapan yang tempatnya baru. Fakta yang menarik ialah kami diberitahu bahawa setiap mualaf harus diberi cuti oleh majikan mereka semata-mata pergi ke Pusat Dakwah bagi mendalami ilmu Islam.

- Pada malamnya berpeluang ke Waterfront "Tugu 60" menyaksikan Pertandingan Dikir Syarafil Anam dan Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah sempena sambutan Maulidurasul

Hari Kedua (10/02/2012) Jumaat

Tempat : Babu's Kitchen, Galeri Pameran Kg Ayer, Rumah Kegiatan Ugama Kg Bebuloh

- Besarapan di restoran Babu's Kichen dan bertolak ke Kg Ayer dengan menaiki bot iaitu salah satu tempat di mana terdapat perkampungan di atas air yang terbesar di Asia Tenggara.

- Pada petangnya kami di bawa ke Rumah Kegiatan Ugama Kg Bebuloh dengan mengadakan aktiviti ramah mesra. kuliah Maghrib dan kunjungan Muhibbah ke rumah-rumah penduduk Kg Bebuloh yang sangat peramah dan kebanyakannya dari golongan saudara baru.

Hari Ketiga (11/02/2012) Sabtu

Tempat : Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA), Dewan Persidangan Pusat Dakwah Islamiah Brunei, Kg Mentiri

- Lawatan ke UNISSA dengan mengadakan diskusi ilmiah. Kami bertanya mengenai isu-isu sosial yang berlaku di universiti berkenaan dan jawapan yang diberikan ialah hanya isu-isu kecil seperti pergaulan bebas dan aurat dan tidak seperti di Malaysia dengan isu politiknya. Seperkara lagi yang kebiasaan terjadi juga adalah apabila pihak universiti mengadakan program dan pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam program yang dianjurkan.

-Lawatan ke Pusat Dakwah Islamiah dan berdiolog dengan dihadiri oleh Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah,Brunei , Ustaz Hj Marzuki Abdul Rahman. Kami dapat tahu banyak informasi yang mengenai lapangan dakwah dan method yang dilakukan oleh Pusat Dakwah di sana. Terbukti amat mudah untuk mendaftar keislaman di sana tidak seperti Malaysia yang terpaksa melalui banyak proses. Pendapat mereka masuk Islam dan mendaftar itu mengapa harus disukarkan kerana usaha menjaga Islam itu yang penting dalam diri setiap mualaf. Penjualan salib tidak dibenarkan di negara tersebut dan masalah pembuangan anak pun sedikit tetapi anak tersebut diletakkan di masjid tidak seperti di Malaysia yang rata-rata membuang anak di tong sampah, tandas dan tempat2 yang jijik sedangkan bayi tersebut amat suci tanpa sebarang dosa. Paling terkesan dengan kata2 pegawai itu ialah "kenapa kita perlu berasingan sedangkan matlamat kita sama iaitu ke arah membina Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghoffur.

- Petangnya kami dibawa ke Masjid Perpindahan Kg Mentiri dan kami ditugaskan mengisi slot kuliah Magrib yang disampaikan oleh Saudara Fikri Muharam yang bertajuk Maulud Nabi S.A.W dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran oleh Qariah USIM, Nur Azimah Bt Ahmad Sukaime. Selepas Isyak kami dihidangkan dengan makan malam dan bertolak ke tempat penginapan

Hari Keempat (12/2/2012) Ahad

Tempat : Kampong Selapon Daerah Temburong, Rumah Panjang Kampong Sibut, Hotel di Bandar Seri Begawan.

- Bertolak ke Waterfront "Tugu 60 " untuk menaiki bot ke Daerah Temburong. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menikmati keindahan sungai, paya bakau dan sebagainya sepanjang perjalanan sungai yang terdapat buaya mengambil masa 40 minit. Tiba di Kampong Selapon disambut secara besar-besaran dan segelintir kami ditemuramah oleh wartawan Radio Televisyen Brunei. Slot Smart Solat untuk penduduk Kampong yang kebanyakan mualaf dari masyarakat Iban dimulakan dan ketua kampung mereka adalah dari Sarawak yang sangat dihormati di sana sedikit sebanyak menasihati kami iaitu para pendakwah haruslah mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam berdakwah.

-Selepas Zohor kami bertolak ke rumah panjang Kampong Sibut iaitu milik Yang Mulia, Dayang Nurhidayah binti Abdullah yang juga saudara baru dan pegawai dari pusat dakwah juga. Kami terpegun melihat rumah yang sangat panjang yang telah dimodenkan dan sangat unik.

- Bertolak pulang ke penginapan dengan memori indah dan singgah sebentar di farmasi kerana pengiring kami mengalami masalah kesihatan.

-Malamnya kami sangat terharu kerana diberi penghormatan dengan mengadakan Majlis Makan Malam bersama Pemangku Menteri Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei dan merasai sendiri keenakan makanan tradisional negara tersebut iaitu ambuyat yang tidak boleh digigit dan ditelan terus. Kami juga telah membuat persembahan pantun, sajak dan nasyid (Demi Matahari).


Hari kelima (13/2/2012)

Tempat : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah , Royal Regalia dan The Mall

- Bertolak ke KUPUSB dan melawat sekitar kawasan kolej. Melawat perpustakaan KUPUSB dan dan terjumpa artikel di dalam surat khabar mengenai lawatan kami ke UNISSA.

- Bertolak ke TAQSHHB dan terpegun melihat keunikan seni bina dan tempat lahirnya cendiakawan Islam yang sama konsepnya dengan Darul QUran di Malaysia. Institusi tahfiz kepunyaan Sultan Brunei dan seratus peratus di taja oleh sultan sendiri.

- Singgah di Royal Regalia melawat tempat simpanan alat-alat Kebesaran di Raja.

- Pergi pasaraya The Mall untuk membeli sedikit cenderamata buat sahabat dan keluarga di Semenanjung kerana setengah daripada kami akan berangkat pada keesokan harinya.

Hari Keenam (14/2/2012) Selasa

Tujuh orang akan berangkat pulang pada tarikh tersebut dan selebihnya akan pulang pada keesokan harinya.


Nama diberi Bandar Seri Begawan,

Bandar yang cantik udaranya nyaman,

Orang Brunei semuanya menawan,

Buat hati sudah tertawan.


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Dijemput pula ke tempat kami.



Sunday, February 19, 2012

Apakah masalah dan pengubatan sihir dan saka mengikut Al-Quran dan As-Sunah....sama2 kita saksikan....moh pakat ramai2 datang..!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...