Monday, May 31, 2010
Program Baktisiswa Kg Dunglai Baru, Ulu Langat Selangor
Assalamualikum....
Untuk post kali ini, kami ingin berkongsi cerita cinta baru kami. Cinta kami bukan cinta biasa. Seramai lebih kurang 34 org peserta daripada Fakulti Kepimpinan dan pengurusan telah menjayakan Program Baktisiswa iaitu Program Anak Angkat Kg. Orang Asli Donglai Baru Hulu Langat , Selangor. Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang penglibatan kami,rata-ratanya muslimat diharap tidak membuat spekulasi yang negatif kerana wakil muslimat juga sebenarnya mengetahui hal ini pada saat-saat akhir. Bagi kursus Dakwah dan Pengurusan Islam, ramai yang terlibat adalah dari tahun 2. Maaf di atas segala kesulitan. Untuk pengetahuan semua, program ini adalah cetusan idea pelajar praktikal dakwah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan dan peserta-peserta yang mengambil bahagian adalah dari pelajar FKP tahun 1&2. Program ini amat bermanfaat dan selari dengan firman Allah yang bermaksud "....dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya"(Al-Maidah ; 2). Moga perkongsian ini bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua.
Kami bertolak ke Kg Donglai Baru pada petang Jumaat, namun ada yang telah bertolak paa hari Khamis lagi untuk membuat persiapan perasmian dan membantu penduduk Kg meraut daun kelapa (bg membuat pakaian rasmi orang asli). Sepanjang perjalanan, kami teruja dan terpegun melihat pemandangan yang menarik dengan menyusuri air terjun. Senang cerita, lokasi kampung ini adalah berdekatan dengan air terjun Sungai Gabai, Selangor.
Walaupun agak lewat sampai di lokasi yang ditetapkan, program ini berjalan seperti biasa iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada keluarga angkat yang telah dirasmikan oleh Dr. Radhi Bin Ibrahim (Timbalan Dekan FKP). Majlis perasmian ini telah berakhir dengan sumpitan yang dilakukan oleh perasmi.
Pada keesokan harinya, selepas riadah dan gotong royong, masa yang ditunggu-tunggu telah sampai iaitu beramah-mesra dengan keluarga angkat. Para peserta dikehendaki pergi ke rumah keluarga angkat dan bagi penulis sendiri berasa bersyukur kerana mendapat keluarga angkat yang sporting. Macam- macam cerita yang timbul selepas para peserta kembali ke tempat kediaman iaitu di Tabika. Untuk pengetahuan semua kami tidak bermalam di rumah keluarga angkat atas sebab - sebab tertentu.
Penulis ingin berkongsi sedikit cerita mengenai ibu angkat penulis yang bernama Ibu Itas Bin Sampit. Mengikut pandangan penulis Ibu Itas seorang yang cekal dalam menempuh kehidupannya. Wlaupun sentiasa tersenyum tetapi penulis dapat rasakan betapa berat bebanan yang terpaksa ditanggung olehnya. Manakan tidak, Ibu Itas sanggup berpindah dari Kg Tekir, Labu N9 ke Kg Dunglai Baru demi mencari kehidupan yang lebih terjamin. Semua anaknya yang seramai 9 orang hanya bersekolah sampai dakjah 6 sahaja kerana kesempitan hidup. Sekarang Ibuu Itas bekerja sebagai seorang cleaner di hospital berdekatan. Pernah mereka sekeluarga tidak makan sehari suntuk kerana kelewatan majikannya membayar gaji.Disebabkan kesempitan hidup juga Ibu Itas pernah memberi anaknya susu F& N sahaja semasa sedang bayi dan bukannya susu tepung seperti bayi-bayi yang lain.
Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Penulis sebenarnya amat terkejut kerana penulis sendiri pernah pergi ke Perkampungan Orang Asli di Kg. Tekir, Negeri Sembilan sebanyak dua kali secara sukarelawan di bawah unit Sekritariat Pendakwah Muda. Ibu Itas merupakan kawan baik Mak Cik Gayah iaitu antara salah seorang yang banyak membantu kami untuk menziarahi kg Tekir tersebut. Untuk ,Kg Tekir kini lebih ramai beragama Kristian berbanding Islam. Antara anak Mak Cik Gayah juga ada yang beragama Kristian. Mak Cik Gayah juga adalah seorang yang cekal keran walaupun dipulau oleh jiran-jiran yang rata-ratanya beragama Kristian namun beliau tetap tinggal di sana yang juga merupakan pembantu Tabika. Penulis sangat bersyukur kerana dapat mengenali dua wanita hebat ini dan berharap suatu hari nanti dapat dapat menemukan mereka semula ,Amin.Keesokan harinya penulis amat terkejut apabila mendapat panggilan dari Ibu Itas. Walaupun line tidak berapa clear namun kami sempat bertanya khabar..terharunya.
Walaupun penduduk Kg pada mulanya agak malu-malu, namun kami bersyukur kerana mereka dapat menerima kami seadanya. Mana tidaknya, siap bekalkan air akar kayu, pisang, nangka, bunga ros untuk di tanam dan macam-macam lagi.
Malam kebudayaan semestinya memberi memori yang paling indah bagi para peserta. Penduduk kg telah mempersembahkan tarian Sewang @ Rewang yang amat unik. Pesembahan dari peserta juga tidak kurang hebatnya. Tahniah kepada Abang Shah dan pelakon utama,Fadhil serta sesiapa yang terlibat.Moga meseg yang dibawa sampai kepada mereka.
Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Senator Mohd Olien Bin Abdullah, Senator Orang Asli Malaysia dan diiringi oleh Ketua Program Dakwah, Prof Dr. Zulkifli bin Abd Ghani.Tahniah kepada Kak Siti Hafizah dan Kak Nor Syarihan kerana berjaya membuat program seperi ini dan mendapat pujian dari senator. Terima kasih kepada peserta yang terlibat. Moga ukhwah kita berpanjangan serta pertalian antara kita dan keluarga angkat akan terus subur kerana kita ada misi yang amat besar yang belum selesai iaitu megajak mereka mengenal ALLah.
Sebenarnya masih banyak yang ingin dikongsikan tetapi cukuplah kerana masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri yang boleh dikongsi-kongsikan.Program seperti ini diharap dapat diadakan lagi kerana bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim tetapi juga para peserta dapat menimba pengalaman dan pengetahuan dari sudut softskill itu sendiri. Kepada Fikri kongsi-kongsilah pengalaman anda mengendalikan cabutan bertuah dab acara sukaneka, Karniawan yang menjadi naib Johan Music Chair dan menjaga kebajikan para peserta, Hannan berpengalaman dalam pengerusi majlis dan senamrobik, Fadhil dengan pengalaman menjadi pelakon utama dan pentazkirah, Taufik dengan kemahiran teknikalnya, Helmi dengan pengalaman demamnya di perkmpungan Org Asli, Adiba sebagai jurukamera dan Liyana dengan pengalaman membungkus makanan dan memegang lotong yang kematian ibu akibat sumpitan.
Kami sampai di Nilai lebih kurang pukul 5 ptg Ahad dengan tersemat memori indah dan diharap dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Moga perkongsian ini bermanfaat kepada sahabat-sahabat dan tidak lebih dari itu.Esoknya pakat-pakat hantar baju ke dobi...hehehhe..