Wednesday, July 13, 2011

MEMORI EKSPEDISI DAKWAH SABAH





















Program Ekspedisi Dakwah Sabah 2011 (EKDSAH ’11) ini adalah satu program yang dirancang oleh pelajar-pelajar dari Program Dakwah dan Pengurusan Islam,tahun 2 dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia bagi sesi 2011 dengan kerjasama bahagian Pentadbiran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Program Ekspedisi Dakwah Sabah 2011 ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang meningkatkan motivasi diri. Justeru dapat memupuk semangat jati diri serta memberi pendedahan awal kepada para peserta EKDSAH ’11 dalam usaha-usaha untuk menyebarkan dakwah selain dapat melatih sifat kepimpinan dan keyakinan dalam usaha membantu peserta agar lebih statik dalam menghadapi cabaran menganjurkan program .
Bermulanya ekspedisi ini apabila para peserta perlu merentasi lautan selama hampir tiga jam sebelum sampai ke tempat atau destinasi yang hendak ditujui. Program Ekspedisi Dakwah Sabah yang dilangsungkan selama lapan hari, bemula dari 29 Jun 2011 hinggalah 6 Julai 2011 ini telah disertai seramai 19 orang peserta iaitu 12 orang wakil peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia sendiri dengan diiringi oleh Cik Fauziah binti Hassan yang merupakan seorang tutor dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Manakala enam orang peserta lagi adalah merupakan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai tanda jalinan kerjasama antara pihak Universiti Sains Islam Malaysia bersama dengnan Universiti Malaysia Sabah itu sendiri.

HARI PERTAMA HINGGA HARI KEDUA DI SABAH
TARIKH: 30 JUN 2011 (Isnin) – 1 JULAI 2011 (Selasa)
TEMPAT: Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan,Lahad Datu.
-Untuk sampai ke sekolah ini, kami mengambil masa selama hampir tujuh jam dari Kota Kinabalu dengan menaiki bas.
-Program yang berlangsung selama dua hari satu malam di mana pada waktu malamnya kami khususkan untuk pelajar asrama yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan satu. Manakala pada sebelah siangnya pula, kami telah mengadakan program bagi pelajar tingkatan empat yang seramai 57 orang. Bagi melancarkan lagi program disekolah ini, kami telah dibantu oleh enam orang lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah.
-Sesi pertama, kami selaku fasilitator telah memulakan malam pertama bagi program ini dengan sesi ta’aruf yang mana dalam sesi ini para fasilitator telah memperkenalkan diri mereka dengan cara yang tersendiri. Begitu juga bagi peserta atau pelajar yang mengambil bahagian, mereka juga perlu memberitahu serba sedikit tentang latar belakang diri mereka dan diikuti dengan beberapa aktiviti seperti LDK 1, LDK 2, latihan kemahiran diri para peserta melalui pertandingan yang di adakan, yang mana para fasilitator dan para peserta mampu menjalinkan ikatan yang baik sepanjang program bersama. Semua aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk menyelami dan mendekati hati mad’u-mad’u kecil ini.
-Pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan pelajar-pelajar yang dikhabarkan majoritinya mempunyai masalah dari segi akhlaknya dan sahsiahnya.

HARI KETIGA
TARIKH: 2 JULAI 2011 (Sabtu)
TEMPAT: Pasar Seri Tanjung, Tawau.
-Sepanjang kami berada di pasar Tanjung tersebut, kami telah melakukan suatu sesi temu ramah yang dikenali sebagai ‘Temu ramah Jalanan’ antara kami selaku penganjur dengan peniaga-peniaga di pasar tersebut. Dalam sesi ini, kami diminta agar menanyakan beberapa soalan kepada para peniaga serba sedikit tentang penyebaran agama Islam dan bagaimana perjalanan kehidupan masyarakat Islam di Sabah. Menurut Puan Hajjah Raja Nurhaeda, antara faktor yang menyebabkan perkembangan Islam di Sabah kurang aktif adalah kerana sikap para pendakwah yang tidak mahu menjejaki dan mendekati mad’u-mad’u di kawasan pedalaman. Setelah tamat sesi temu ramah, kami dibenarkan untuk melawat di sekitar pasar tersebut sebelum kami berangkat pulang semula ke Kota Kinabalu pada waktu malamnya pula.

HARI KEEMPAT
TARIKH: 3 JULAI 2011 (Ahad)
TEMPAT: Masjid Universiti Malaysia Sabah.
-Program yang telah kami jalankan di Masjid Universiti Malaysia Sabah ini adalah Program ‘Jejak Muallaf, Kasih Disemai, Ukhuwah Ditaut’. Program ini telah berlangsung dengan adanya kerjasama dari pihak Universiti Malaysia Sabah, JAKIM dan jemputan kami kepada pihak ABIM dan Hidayah Center yang merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas para peserta muallaf . Menerusi program ini, para muallaf telah didedahkan tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang saudara baru yang disampaikan oleh Ustazah Noordianah binti Haji Alwi yang merupakan penolong Pengarah Unit Maklumat Media dan Terbitan Jakim dan diikuti dengan sesi soal jawab antara muallaf dengan penceramah undangan tersebut.
-Melalui slot yang lain pula, telah diadakan sesi ramah mesra dan luahan hati para muallaf kepada para pelajar. Melalui perbincangan ini dapat melahirkan satu ikatan kepercayaan dan jalinan kemesraan antara para muallaf dengan para pelajar.

HARI KELIMA
TARIKH: 4 JULAI 2011 (Isnin)
TEMPAT: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
-Kami telah mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa buah tempat dan beberapa buah kawasan sekitar Universiti Malaysia Sabah yang dimulai dengan Muzium Aquarium Marin. Di Muzium Aquarium Marin ini, kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti kuda laut, penyu, tapak kaki sulaiman dan pelbagai lagi. Di sini kami melihat pihak UMS amat menitik beratkan tentang hidupan lain terutama hidupan laut dan mereka mampu mencetuskan idea yang begitu baik sehingga tertubuhnya bangunan Muzium Aquarium Marin dan ini.
-Selepas itu, kami telah dibawa untuk melawat ke perpustakaan UMS. Di sana kami telah diiringi oleh pegawai perpustakaan tersebut. Begitu uniknya kami rasakan tentang perpustakaan UMS ini apabila terdapat beberapa tempat khusus untuk menyimpan dan menghargai koleksi buku-buku yang terbaik. Contohnya seperti Nobel Literature di mana menempatkan koleksi buku. Dan di Koleksi Perdana, yang mana menempatkan tentang bibliografi-bibliografi dan hasil tulisan para pemimpin Negara yang pernah diterajui olah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah Perdana Menteri Malaysia yang sekarang.di perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Cyber Café yang memiliki sebanyak 500 buah komputer Banyak perkara dan maklumat-maklumat baru yang diperolehi oleh para peserta EKDSAH ’11 sepanjang lawatan di perpustakaan ini.
-Perjalanan seterusnya, kami telah dibawa melawat ke stesen radio UMS atau dikenali sebagai radio KKfm. yang kebanyakkannya diterajui oleh pelajar dari UMS sendiri. Di sana kami diberi penerangan serba sedikit tentang perlaksaan dan tugasan yang perlu mereka lakukan semasa berada di konti radio. Di sana, kami berasa amat bertuah kerana kami telah diberi peluang dan kesempatan untuk membuat rakaman suara untuk diperdengarkan oleh para pendengar radio KKfm di seluruh negeri Sabah.
-Di sebelah petang pula, kami telah diberi kesempatan untuk malawat ke Yayasan Sabah yang berada bersebelahan dengan Menara Tun Mustapha.Di Yayasan Sabah, kami telah mendengar taklimat ringkas daripada Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat iaitu Encik Steven dan diberi sedikit penerangan dan kesempatan untuk menyaksikan tayangan serba sedikit tentang penubuhan dan latar belakang yayasan tersebut.
-Kemudian, kami telah dibawa untuk melawat ke sebuah galeri yang terkenal di Yayasan Sabah iaitu Galeri Tun Mustapha. Di galeri ini, kami dapat mengenali dan mendekati sejarah Bapa Kemerdekaan Sabah ini dengan lebih mendalam. Galeri ini menempatkan koleksi-koleksi pakaian dan alatan muzik yang pernah digunakan oleh Tun Mustapaha ketika hayatnya. Berada di galeri ini, kami merasakan begitu besar pengorbanan yang terpaksa diharungi oleh Tun Mustapha bagi memastikan negeri di Bawah Bayu ini mencapai kemerdekaannya.

HARI KEENAM
TARIKH: 5 JULAI 2011(Selasa)
TEMPAT: Bandar Kota Kinabalu.
-Di Bandar Kota Kinabalu ini, kami telah pergi ke Pasar Philiphine untuk bersiar-siar dan melawat sekitar Sabah.
-Kemudian kami singgah sebentar di Masjid Negeri untuk menunaikan solat sekaligus melawat di sekitar kawasan masjid tersebut.
-Kami juga berkesempatan untuk melawat ke Kampung Tanjung Aru untuk menyaksikan sendiri penempatan penduduk di sana.

HARI KETUJUH
TARIKH: 6 JULAI 2011(Rabu)
TEMPAT: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)
-Di sana kami telah melawat Jakim Bahagian Sabah dan sempat menghadirkan diri untuk mendengar seminar ‘Wacana Minda: Ancaman Islam Liberal: Realiti dan solusi’
-Bertolak pulang ke Nilai,Negeri Sembilan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...