Sunday, July 25, 2010

Berkenaan bulan Syaaban

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

full-time-muslim

Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

Sedangkan dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

SLACOS 10'








Assalamuailakum

Tahniah kepada semua mahasiswa yang terlibat sempena KARNIVAL MAHASISWA KARSIS 2010 yang berakhir 25 Julai 2010.

Antara program yang mendapat sambutan sesetengah pelajar Dakwah kali ini adalah kursus Sembelihan Halal (Slacos'10) anjuran Sekriteriat Pendakwah Muda USIM.Semoga sesiapa yang menghadiri program tersebut dapat bersama-sama berkongsi ilmu dengan sahabat yang lain.

Kesimpulannya, semoga sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada pelajar Dakwah khususnya dan mahasiswa amnya dalam proses menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berguna untuk agama bangsa dan negara.

Tuesday, July 13, 2010

UNTUK APA KAMU BELAJAR?

Bismillahirohmanirrohim…

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu dan meneruskan kembali sesi akademik 2010/2011.Semoga kita semua dapat memperbaharui dan memperbaiki niat sebenar kita menuntut ilmu di bumi USIM yang bertuah ini dan seterusnya menjadi agen perubahan masyarakat di luar sana yang memerlukan pendakwah seperti kita.Namun apa yang menjadi persoalan sekarang ialah sejauh mana kita mempersiapkan diri sebagai seorang pendakwah?Harus diingatkan kepada sahabat sekalian yang mana pendakwah bukan sekadar profesyen semata-mata..pendakwah adalah lebih dari itu iaitu seorang yang ikhlas memperjuangkan agama ALLAH...percayalah semua orang mampu menjadi pendakwah dan membantu agama Allah...seperti firman Allah yang bermaksud "....Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya).Sesungguhnya Allah Maha Kuat Maha Perkasa."(22;40)..Renung2kanlah...

SENARAI KURSUS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

SARJANA MUDA DA'WAH DAN PENGURUSAN ISLAM

AAD2103 ORGANISASI DAKWAH MASA KINI (BAHSA ARAB)

AAD2113 TARIKH WA RIJAL AL-DA'WAH (BAHSA ARAB)

AAD2123 AL-QIYADAH WA AL-IMAMAH (BAHASA ARAB)

AAM4023 PENGURUSAN ORGANISASI (BAHASA INGGERIS)

UTA2082 PENGAJIAN HALAQAH (BAHASA ARAB)

Syukur sesi pengkuliahan minggu pertama ini berjalan lancar.Walaupun agak padat namun pelajar Dakwah semester 3 ini menunjukkan semangat yang tinggi dalam mengejar ilmu pengetahuan.Kelas pertama dimulai dengan subjek Organisasi Dakwah Masa Kini yang disyarahkan oleh DR. MOHD RUMAIZUDDIN BIN GHAZALI.Beliau adalah seperti bapa baru bagi kami kerana telah berjaya membuka minda kami dengan persoalan2 yang ringkas.Antaranya adalah apakah kepentingan organisasi kesatuan Muslim?Ada yang menjawab untuk mengeratkan silaturrahim,amar makruf nahi mungkar,untuk mempertahankan agama Islam dan sebagainya.Kemudian ditanya pula tentang cita-cita kami.Selepas itu DR. menyimpulkan bahawa cita-cita kita adalah sesuatu yang lebih dari apa yang kita mahukan iaitu bekerja untuk Ummah...seterusnya jihad fisabilillah..membebaskan bumi PALESTIN. Beliau juga yang mana pernah bertemu Dr.Yusuf Qardawi dan ulama-ulama terkenal dunia menyarankan supaya kami mengenali tokoh-tokoh ulama' dunia antara syarat menjadi seorang pendakwah.Selain itu, beliau juga menerangkan isu SISTER IN ISLAM di mana dengan mempunyai ahli yang sedikit mampu menggegarkan Malaysia dengan isu yang dibawa.Itulah kepentingan menguasai media sebenarnya.Akhir kelas Dr. menyarankan supaya pelajar-pelajarnya menyambungkan pelajaran sehingga PHD. Dr. telah memberi analogi akibat seseorang mempersia-siakan nikmat Allah.Analogynya adalah apakah hukum seseorang yang tidak menghabiskan nasi yang dimakan.Semestinya saki-baki itu dibuang dan itu dianggap membazir dan itu dianggap berdosa.Sama juga dengan kita manusia di mana Allah memberi nikmat kekuatan akal fikiran yang tidak ada kepada makhluk lain.Oleh itu,manusia tidak boleh mempersia-siakannya kerana dinggap membazir dan berdosa jika tidak sambung belajar di peringkat yang tertinggi..Apa pendapat anda pula??

Kelas seterusnya adalah subjek Al-Qiyadah wa Al-Imamah yang diajar oleh DR.MUHAMMAD YUSUF KHALID.Walaupun semester lepas Dr. mengajar kami juga, namun suasana yang dilalui berlainan sekal idengan semester lepas kerana semester lepas Dr.berbahasa Inggeris dengan subjek Leadership tetapi DR. akan berbahasa Arab pula pada semester ini.Kagum sungguh dengan lecturer2 di sini.

Sesi pengkuliahan bagi subjek Pengururusan Organisasi pula amat dinantikan kerana diajar oleh Dr.Adanan Bin Mat Junoh yang takkan kering gigi dibuatnya. Semester lepas dengan subjek Organization Behavior dan Dr. menyarankan supaya kami mengaplikasikan apa yang kami belajar.Dr. memberitahu kami yang mana universiti ini telah memperkenalkan sistem baru iaitu OBE-OUTCOME BASED EDUCATION.Sewaktu kelas tutorial Dr. akan menggunakan sistem "Pendidikan Beasaskan Hasil" dimana menggalakkan para pelajar menghasilkan sesuatu dalam sesi kelas tutorial.Kita tungu dan lihat.

Itulah serba sikit pengalaman minggu pertama sesi pengkuliahan semester 3.Semoga kita dapat melalui hari-hari sepanjang semeter ini dengan sabar dan tabah dan jadikanlah sebagai satu momentum dalam melengkapkan diri dengan ilmu. Dan harus diingatkan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.Semoga kita dapat saling ingat mengangati sahabat2 kita yang lain.Diakhiri dengan firman Allah yang bermaksud "....Sesungguhnya Allah meningkatkan darjat orang beriman antara kamu dengan orang yang menuntut ilmu itu beberapa darjat.."(surah Mujadalah;11)...Moga 'pulang' dengan kemuliaan disisiNYA..WALLAHUALAM



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...