Wednesday, November 3, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Saturday, October 23, 2010
Syukur atas segala nikmat iman,islam dan ehsan yang masih diberikan Allah kepada kita..
Then.. ada yang saya nak kongsi dengan semua..
Baru2 nie kita semua agak teruja dengan berita kehadiran Al Habib Umar ke Negara kita..Sy pun lebih kurang jugalah,, act, after kelas halaqah.. lepas di beritahu oleh Ustaz Aizuddin yang Al Habib Umar akan berada d Yayasan Al Jenderami,..ada tu mmg lansung tak pernah dengar nama..habib JEWEL thu la katanya..ha3 (moga terus d beri petunjuk oleh ALLAH bg golongan ini..).. ada sesetengah yang terus planning nak g.. yalah,,nak mimpi bertemu Rasulluah pun belum tentu dan mmg tak tercapai dek akal lantaran menyedari ketidaklayakan umat yang sering alpa ini.. so.. dapat jumpa keturunan baginda pun more than enough la kan,,.
Planning punyer planning nak g naik apa… mmg semangat betul especially adalah 2-3org dr class TAA2 tu kan.. haha
tp.. hakikatnya kita manusia hanyalah merancang.. DIA RABBUL IZZATI juga yang selayaknya menentukan,,,
atas beberapa sebab dan kesulitan yg tak dapat nak d atasi.. tak dapat la pegi…
so, kat sini adalah sedikit bingkisan pengubat rindu pada yang ingin menatap @ yang memang tak pernah menatap wajah Al Habib Umar selama ni..then ada juga sedikit syarahan dari beliau,, petikan d ambil hasil dari hobi saya yang mmg suka merayap2 d laman sesawang nie…semoga ada kebaikan dan keberkatan untuk kita semua….AMEEN,INSYAALLAH~
Friday, October 22, 2010
Oleh: Sayyid Abdul Qadir Umar Mauladdawilah
Nasab beliau adalah: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abibakar bin Idrus bin Husein bin Syeikh Abibakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali‘ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidallah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidi bin Jakfar Ash-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sorot matanya tajam, raut mukanya tampak bercahaya, bibirnya tersenyum mengembang, janggut merahnya hampir menutupi leher. Itulah ciri fizikal Habib Umar bin Hafidz yang khas.
Suaranya yang lantang, badannya yang tegak dengan dibalut jubah dan sorbannya yang dikenakan semakin menambah kewibaannya. Pribadinya santun dan rendah hati. Beliau memiliki akhlak yang terpuji dan memberikan contoh yang diajarkan Rasulullah dengan perilaku yang nyata pada dirinya. Beliau adalah berkah bagi kaum muslimin saat ini..~
p/s ; setakat ni ajelah ea gambar yg ada... kalu ada lain, saya upload lg k,.InsyaALLAH.
sempena Majlis Hol Imam al-Haddad
*Catatan bebas di Masjid al-Falah USJ 9 pada 17 Oktober 2010
Sebutlah nama Allah dengan hati kita. Hendaklah hati kita dengan penuh keyakinan bahawasanya kita tidak menyebut nama Allah dengan hati kita melainkan Allah swt akan menyebut nama kita. Firman Allah, “Sebutlah nama Aku, Aku akan menyebut nama kamu. Bersyukurlah kepada Aku, Aku berterima kasih kepada kamu”.
Baginda saw bersabda (sebagaimana diriwayatkan Imam Bukhari), perumpamaan orang yang menyebut nama Allah adalah seperti orang yang hidup manakala orang yang tidak menyebut nama Allah umpama orang yang mati. Dalam hadith lain (riwayat Imam Muslim), perumpamaan sebuah rumah yang dibaca zikir kepada Allah didalamnya adalah seperti orang yang hidup manakala rumah yang tidak diisi dengan zikir umpama orang yang mati. Rumah-rumah juga mempunyai hati yang bersifat hidup andainya penghuninya sentiasa berzikir kepada Allah. Orang yang berzikir kepada Allah bukan sahaja hatinya hidup tetapi rumahnya juga hidup. Dengan hidupnya hati-hati manusia, Allah swt akan menghidupkan tempat yang mati dan yang dihuni oleh manusia. Dalam sebuah hadith Qudsi Allah Ta’ala berfirman, Aku berkeinginan menurunkan azab ke sesebuah negeri tetapi bila ada negeri itu ada orang memakmurkan rumah-rumah Allah, mengasihi kerana Allah, menyebut nama Allah dan mengabdikan diri kepada Allah dan menghidupkan waktu sahur maka Aku akan balikkan azab yang Aku akan turunkan. Wahai-wahai orang yang beriman, inilah keistimewaan yang membezakan antara orang-orang yang beriman dengan orang tidak beriman iaitu apabila kita memakmurkan rumah-rumah Allah dengan menyebut nama Allah. Ada rumah yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin tetapi hakikatnya rumah-rumah ini tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan jika tidak diisi dengan bacaan zikir dan amalan sunnah. Istimewanya sesebuah rumah itu diukur berdasarkan amalan penghuninya yang menyebut nama Allah dan mengamalkan sunnah baginda saw.
Rumah baginda saw adalah sangat sederhana. Bumbungnya boleh disentuh dengan tangan sahaja. Ketika rumah baginda saw hendak dirobohkan untuk tujuan meluaskan masjid Nabawi, seluruh penghuni Madinah mengalirkan air mata. Kata seorang tokoh ulama, aku mengharapkan rumah yang agung itu dikekalkan agar dapat menjadi ingatan dan contoh kepada umatnya tentang kesederhanaan kehidupan Rasulullah saw. Rasulullah saw mengutamakan keperluan orang lain dari dirinya sendiri. Rasulullah saw memberi makan kepada puluhan ribu orang sebaliknya baginda saw memakan tamar yang berada dalam simpanan dirumahnya. Contoh rumah yang diangkat darjatnya di sisi Allah Ta’ala ialah rumah isteri-isteri baginda saw di mana salah satu nama surah di dalam Al-Quran iaitu Surah al-Hujuraat adalah bersempena nama rumah-rumah isteri baginda saw.
Orang yang mengenepikan al-Quran dan Sunnah sehingga tidak menghidupkannya di dalam rumahnya sebaliknya lebih selesa melihat gambar orang yang fasiq dan bercakap dengan orang yang fasiq maka ia telah melakukan satu kesalahan yang besar dan hanya mengundang kehancuran rumah tangga dan membuka ruang kepada musuh-musuh Allah untuk masuk dalam pemikiran mereka. Pernah seorang melalui satu kawasan menuju ke satu tempat mendengar bacaan surah Yaasiin setiap rumah yang dilaluinya. Khabarnya sebanyak 40 buah rumah yang ditempuhinya semuanya sedang membaca al-Quran. Inilah budaya Islam yang benar dimana rumah-rumah hidup dengan bacaan al-Quran. Ada seorang berasa takjub apabila melihat ada seorang kanak-kanak yang kecil telah menghafal surah Yaasiin. Lalu jawab kanak-kanak itu, “Aku mendengar ibuku hari-hari membaca surah Yaasiin. Sejak dari bangun pagi hinggalah ia mengatur kehidupan, mulut ibuku tidak henti-henti membacanya sehingga aku menghafalnya”.
Imam al-Haddad pernah berkata, Surah Yaasiin itu tidak dibaca melainkan mendapat apa yang dihajat dari Allah Ta’ala dan memohon kepada Allah agar dijauhi segala bala. Imam al-Haddad mempunyai rumah yang kecil dan disitulah beliau mengadakan pengajian. Dari rumah itulah lahirnya ilmu-ilmu yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Rumah yang sangat berjasa itu masih lagi kekal hingga ke hari ini. Rumah itu kini berusia 350 tahun. Ramai anak muridnya yang terkemuka seperti al-Imam Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat ketika sedang menelaah kitab al-Muwatta karya Imam Malik) belajar dengannya di bahagian tangga rumahnya kerana ruang rumahnya yang sempit. Di celah-celah tangga itulah lahirnya ilmu-ilmu yang memancar ke seluruh dunia. Di dalam bilik kecil Imam al-Haddad ianya dipenuhi dengan kitab-kitab manakala setiap pelusuk ruang rumahnya sentiasa sahaja diadakan majlis-majlis ilmu. Inilah contoh rumah yang dipenuhi dengan amal ibadah.
Baginda saw membangunkan isteri-isterinya di waktu malam agar mengisi bahagian malam dengan bermunajat kepada Allah Ta’ala. Selepas Rasulullah saw wafat, baginda saw kemudiannya dimakamkan di rumahnya. Aisyah kemudiannya berpindah ke sebuah bilik kecil di dalam rumah itu. Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia dan dimakamkan di sebelah baginda saw, Aisyah kemudiannya mengecilkan ruang biliknya. Apabila Umar wafat dan dimakamkan di dalam rumahnya, Aisyah menutup aurat kerana berasa malu dengan Umar yang bukan muhrimnya. Aisyah juga menutup tirainya bagi menjaga auratnya dan ianya adalah berdasarkan apa yang telah dipelajarinya dari Rasulullah saw. Imam al-Haddad menyatakan bahawa ilmu yang diperolehinya adalah disebabkan hatinya yang bersih dari kecintaan dunia dan sangat menjaga ibadah malamnya.
Pernah satu hari Imam Ahmad bin Hanbal dikunjungi seseorang yang ingin menimba ilmu hadith darinya. Orang itu kemudiannya bermalam dirumahnya. Imam Ahmad bin Hanbal menyediakan air di ruang rumahnya. Tujuannya ialah untuk memberi kemudahan kepada orang itu berwuduk untuk beribadah di sebelah malam. Sebaik bangun pagi, Imam Ahmad mendapati bahawa air yang disediakan itu langsung tidak terusik dan beliau kemudiannya menyatakan, “Sesungguhnya kamu tidak layak untuk belajar hadith dariku kerana orang yang hendak belajar hadith mestilah menjaga ibadah malamnya”.
Faktor utama Baitul Maqdis terbebas ialah amalan tentera Salahuddin al-Ayubi yang sentiasa mengerjakan amal ibadah dan bermunajat kepada Allah Ta’ala di sebelah malam. Tangan Rasulullah saw yang mulia pernah memerah susu kambing milik kepunyaan seorang wanita dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah sehingga kambing itu mengeluarkan susu dengan banyaknya. Padahal kambing itu dalam keadaan tidak terdaya dan tidak upaya mengeluarkan susu. Kambing itu terus mengeluarkan susu hinggalah ia mati di zaman Umar al-Khattab. Kalaulah tangan baginda saw yang mulia itu memberi keberkatan kepada haiwan, sudah tentu hubungan baginda saw dengan umatnya lebih-lebih lagi.
Pernah ada seorang yang bernama Fudhalah berhajat hendak membunuh Nabi saw ketika baginda saw sedang mengerjakan tawaf pada hari pembukaan Makkah. Hajatnya itu dapat dibaca oleh Nabi saw lalu baginda saw bertanya, “Apakah yang bermain di hati kamu?” Fudhalah berkata, “Tidak ada apa-apa aku hanya berzikir kepada Allah. Nabi saw kemudiannya meletakkan tangannya di atas Fudhalah sehinggalah Fudhalah jatuh kasih kepada Rasulullah saw dengan tidak berbelah bahagi lagi. Beliau kemudiannya berubah menjadi seorang yang beriman dan cintakan kepada Allah dan Rasul-Nya.
wallahua'lam..
Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
Agama islam telah meletakkan dasar dasar praktik dan cara yang positif dalam memperkukuhkan ikatan cinta ,kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan2 ini dipegang teguh oleh umat islam,maka persaudaraan (ukhwah) akan semakin kukuh…
Let check it out……….!!!
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DI CINTAINYA
Rasulluah s.a.w bersabda ertinya: “apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu kepadanya’’(HR Abu daud dan Tirmizi)
BERDOA UNTUK MEREKA
Menurut Riwayat Muslim bahawa Rasulluah bersabda: “tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata,dan bagimu juga seperti itu.”
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU
Seperti yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulluah s.a.w bersabda ertinya: “janganlah engkau meremehkan kebaikan apa saja ( yang datang dari saudaramu). Dan jika kau berjumpa saudaramu, maka berikan dia senyuman kegembiraan”-(HR Muslim)
BERJABAT TANGAN APABILA BERTEMU
Rasulluah s.a.w menganjurkan umatnya apabila bertemu denagan saudara2 agar cepat2 lah berjabat tangan sesuai dengan hadith yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua2 nya diampuni dosanya sebelum berpisah.”
MENGUNJUNGI SAUDARA
Dalam kitabnya, Al Muwathtaa, Imam Malik meriwayatkan, bersabda Rasulluah s.a.w bahawa Allah berfirman: “ Pasti akan mendapat cintaku bagi orang orang yang mencintai kerana Aku, di mana kedua2 nya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.”
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulluah s.a.w bersabda ertinya: “ Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR Tabrani)
Wednesday, September 22, 2010
Sungai Dalam Laut.......SUBHANALLAH!!!
Assalamualaikum w.b.t.....Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.
Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.
Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!
KISAH AIR MASIN AIR TAWAR & SUNGAI DALAM LAUT
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)
Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.
Harap maklum.
Sumber :
Ummu Abbas
Sunday, September 5, 2010
HARAPAN RAMADHAN...
Assalamu’alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allahu Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala kurniaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tabi’in dan setiap nadi umat manusia yang menggerakkan risalah Islam sejak dari Nabi Adam a.s. hinggalah ke Hari Qiamat.
Alhamdulillah, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sekarang berada di bulan Ramadhan. Satu bulan yang begitu istimewa bagi umat Islam. Di dalam bulan inilah wahyu pertama diturunkan kepada baginda Nabi s.a.w. Di bulan ini juga diwajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa sebulan.
Firman Allahu Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah : 183)
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Surah Al-Baqarah : 185)
Jika kita menghitung hadis-hadis berkenaan fadhilat bulan Ramadhan amatlah banyak dan kita akan mendapati betapa besarnya kelebihan yang ada di dalam bulan ini. Besarnya limpah rahmat Allah Ta’ala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. di bulan ini yang tiada pada umat nabi-nabi terdahulu. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakan peluang yang ada di bulan ini untuk melipatgandakan amal ibadatnya.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan sabdanya, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu berpuasa padanya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.”
(HR. Imam Ahmad dan An-Nasa’i)
Sesiapa yang berpuasa semata-mata kerana Allah dan menjaga puasanya, Allah menjanjikan pengampunan bagi dirinya dari segala dosa yang telah berlalu. Seperti mana yang disebut dalam sebuah hadis, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu”.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Puasa tidak terhingga pahalanya, kerana orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala yang tidak terhingga. Setiap Muslim amalannya akan diganda sebanyak 10 hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Ganjaran pahala puasa tidak terhingga di sisi Allah mengikut kesempurnaan ibadat puasa kita. Firman Allah di dalam hadis qudsi:
“…Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, ia menahan nafsu dan makan keranaKu.”
(HR. Muslim)
Namun, bukanlah pahala Ramadhan yang kita cari, tetapi redha Allah yang kita impikan. Ganjaran-ganjaran besar yang dijanjikan oleh Ilahi ini diharap dapat memberikan motivasi kepada kita untuk terus bersemangat dalam mengerjakan ibadat, ibarat ber’pesta’. Pesta ibadat.
Saya hairan dengan fenomena yang kurang elok yang melanda masyarakat Islam pada hari ini. Apabila tibanya Ramadhan, masjid dan surau penuh dengan jamaah Muslimin. Sedangkan bulan-bulan lain, sesetengah masjid satu saf pun tidak penuh. Ramai yang berqiamullail dan bertadarrus di masjid dalam bulan ini. Malah, hebatnya masyarakat kita di bulan ini, mampu mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sebulan. Sedangkan mungkin ada yang tidak dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh masa 11 bulan selepas Ramadhan. Falsafah fardhu Ramadhan ini ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“...mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : 183)
Tetapi, kita lihat dalam masyarakat kita, perubahan yang dilakukan hanyalah dalam bulan Ramadhan dan berubah setelah berlalunya Ramadhan. Maka, ini dilihat bercanggah dengan falfasah puasa Ramadhan yang sepatutnya melahirkan insan yang bertaqwa. Memanglah kita berasa lebih bersemangat untuk beribadat di bulan yang penuh barakah ini, tetapi kenapa tiada nilai istiqamah dalam diri kita. Sepatutnya ‘madrasah’ Ramadhan ini lebih menguatkan keimanan dan ketekunan kita dalam beribadat tahun demi tahun.
Buat terakhirnya,marilah kita masuk sebentar ke dalam diri dan jenguk sebentar hati kita.Apa khabarkah hati kita?sihatkah dia?..Seterusnya kita jenguk,bagaimana dengan puasa kita sepanjang ramadhan ini?Adakah kita gembira ramadhan akan pergi meninggalkan kita atau kita sedih ramadhan akan meninggalkan kita??jawapannya hanya kita yg tahu..
"TEPUK DADA TANYA IMAN"
WALLAHU A'LAM...
Wednesday, September 1, 2010
Maaf lambat update atas sebab2 tertentu..~
Yalah org putih kata better late than never….hehe
salam buat semua…
moga hangat beribadah di bulan ramadhan masih salju d hati kita masing2..
rasanya penat menyental periuk.. mengacau bubur..memotong dan mengupas bawang.. memblender cili..mengangkat tikar… menyusun meja..dan lain2 lagi masih terbayang di ruang mata masing2 yang mengalami nya…(mintak maaf kalu ada pekerjaan yg tidak sempat di nyatakan…)hehe…
kita semua sudah melihat.. hikmah sabar..hikmah bersatu.. hikmah kebersamaan.. serta kita saling merasai hikmah bersaudara,,,oleh yg demikian,.. perkara yg terasa mustahil..dah pun jadi reality…
berjalan lancar atau sekat2.. bermasalah atau tidak..bukan itu ukuran yg kita perlu lihat..
melainkan..marilah melihat kepada…
usaha dan kesungguhan yg telah di tunjuk kan oleh semua individu yg terlibat…
kita harus berpegang pada kata2 ‘belum cuba belum tahu..’..bersatu teguh bercerai roboh…
yalah..
ingat senang? Haha kita sama2 rasa kesulitan nya.. sama2 rasa kesenangan nya.. dan telah sama2 rasa hasilnya.. oleh itu,
Tahniah la d ucapkan pada pengarah program y berdedikasi (zubair) timbalan dia yg dedikasi jugak( liya) setiausaha y setia dan sntiasa berusaha..(qurrata) bendahari y amanah..(azhar)
protokol dan tugas-tugas khas yg rajin2 belaka (helmi) penolong dia y rajin jugak..(khadijah)
part kemudahan dan teknikal yg ceria selalu( fadhil) n penolong dia y tak kurang cerianyer jugak..(taufik)..hehe
then..unit aturcara dan pengisian yg sama2 kreatif dlm menyusun dan mengisi aturcara majlis dengan jayanya (aisyah) n penolongnya ( rafidah)
lastly..
Tukang masak y profesional( aji)n penolong tukang masak y tak kurang profesionalnya..(ehem2) haha…..
paling penting… untuk semua warga da’wah tahun 2 kawan2 di BAA1...BAA2..serta BAA3…semua sekali laa dr A-z..hoho…semuanye ya..?..`sbg ganti..saya letak gambar anda banyak2 k… hehehe…`n tak lupa.. brother shahrul y sudi dirinya menjadi tetamu undangan kami semua….serta semua yg terlibat sama ada secara lansung atau tidak bg PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAKWAH TAHUN 2..thanks a lot..!!~
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan: Hikmah puasa dari segi kesihatan
Salam dan selamat sejahtera, Ramadhan yang tiba memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah, ibadah pada bulan yang mulia ni digandakan oleh ALLAH. Dibawah adalah satu article yang cukup menarik untuk dikongsi bersama berkenaan dengan puasa dan kajian sains..insyALLAH sama-sama kita mengambil teladan dari article ini Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.
Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.
Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa
Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;
Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :
مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)
Nabi S.a.w bersabda :
أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar
Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud;
“Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)
Setelah membawakan sebahagian hadits-hadits di atas, Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
Manfaat lapar untuk kesihatan hati
Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.
Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”
Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.
Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”
Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”
Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”
Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”
Beliau berkata lagi :“Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”
Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”
Berkata Abu Imran Al-Juwaini :“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”
Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”
Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.
Seringnya Rasulullah makan tiga hari sekali sampai wafat bukan makan sehari tiga kali seperti budaya kita.
Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali
Semua ada enam iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.
5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.
6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.
Penutup
Semoga kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih2 lagi bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin dari menghasut manusia dan adanya malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, masyaAllah. Semoga kita dapat beribadah dengan baik di malam tersebut dan dikurniakan oleh Allah pahala agar dapat terselamat kita semua dari nerakaNya, amiin.
Tidak lupa kepada para perokok2, bulan Ramadhan ini lah peluang anda untuk belajar berhenti menghisap rokok kerana di siang hari anda sudah tidak dapat hisap rokok. Dan jangan pula di malam harinya anda membalas dendam apa yang anda tidak boleh lakukan pada waktu siang itu. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi untuk membuang toksik / racun dalam badan anda. Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi, maka insyaAllah anda tidak akan ketagih lagi.
Ketahuilah, ramai perokok yang sudah berjaya berhenti merokok pada bulan Ramadhan, maka saya harap kali ini giliran anda pula. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Selamat berhenti merokok kerana merokok boleh mendatangkan kepada anda segala penyakit yang merbahaya bukan sahaja kepada diri anda tetapi juga orang lain. Adakah anda mahu menanggung dosa terhadap orang lain itu? Mudah2an Allah membantu memudahkan usaha anda untuk berhenti merokok, amiin.
Dan semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhai Allah, bermanfaat pada diri kita, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat lebih2 lagi. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun 1429 hijriyyah. Baarokallahu lakum …….
Wallahu a‘lam …….Selamat berpuasa
Rujukan :
1. Tafsir Taisirul karimur Rohman – Al-Imam As-Sa’di.
2. Bahjatun Nadzirin syarah Riyadhussholihin – Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaly. Al-Imam Ibnul Qoyyim.
3. Jami’ul Ulum wal Hikam – Al-Imam ibnu Rajab rahimahullah.
4. Subulussalam Syarah Bulughul Maram – Al-Imam As-Shon’ani rahimahullah.
5. Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan Menurut Perspektif Islam Dan Sains – Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
6. Bimbingan Mu’min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama – Imam ALGhazali Sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2008/08/31/hikmah-puasa-menjaga-kesihatan-dan-melawan-penyakit-rohani-dan-jasmani/