Sunday, January 23, 2011

INFO TERKINI BATAM 1


Salam, cne passport ke batam???
dah siap dh? kalau belum,buat cepat2 tau..
maklumat @ bende2 yg nk kne bwk g jbtn imegresen nnt:
1- sedia 4 kping gmbr terkini berukurn passport
2- salinn i/c n i/c
3- salinn sijil klhirn
4- jgn lupe bwk duit RM 100
pape pertanyaan hubungi yg berkenaan..hehe
klu bleh siap slps ry cina ea...

Antara senarai yang terkini trip to Batam:


BIL NAMA
1 MUHAMMAD AZINUDDIN SYAZWAN
2 BAHRAIN RAMLAN
3 MUHAMMAD HELMI IBRAHIM
4 KAMIL
5 MUHAMMAD TAUFIK MURSIDI
6 ADIBA
7 SALWA
8 FIKRI MUHARAM
9 LIYANA MAIZA MOHAMED DAUD
10 NORDIANA SAFUDIN
11 NOR ATIQAF SAZALI
12 SITI MASHITAH CHAILAN
13 KHADIJAH
14 NUR RAIHAN BAHARUDIN
15 NURUL HUSNA MOHD NOR
16 ANHANUR HUDA ALIAS
17 RAFIZA ABD.RANI
18 NUR AZIMAH AHMAD SUKAIMIE
19 ROSLINA AWANG ISMAIL
20 NUR HAZWANI ABD.TALIB
21 NOR HANIS SYUHADA ABD.SAMAD
22 RAFIDAH WAHAB
23 SYAIMAA’ OTHMAN
24 MADIHAH BADERUN

P/S : Untuk pengetahuan senior dakwah thun 3 agak berminat..masih ada 12 tempat kosong lagi..sebarang masalah sila hubungI LIYANA MAIZA ATAU NUR AZIMAH...KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI DI DAHULUI UCAPAN TERIMA KASIH..

Wednesday, January 12, 2011


USIM ---> JOHOR BHARU ---> BATAM INDONESIA

Assalamualaikum dan salam seperjuangan...
kpd semua plajar dakwah second year...
berkenaan dengan delegasi kita ke BATAM,INDONESIA mac ini,dengan ini sukacitanya saya ingin memaklumkan kpd anda semua untuk menghantar nama bagi sesiapa yg berminat untuk menyertai delegasi ini...sila hantarkan NAMA,NO KAD PENGENALAN,NO MATRIK dan NO TELEFON kepada NUR AZIMAH AHMAD SUKAIME-BAA3(019-3060859) atau NOR DIYANA SAIFUDDIN-BAA3(0179005766) atau MASYITAH CHAILAN-BAA2(0173264001) atau NURUL HUSNA MD NOOR-BAA2(019-2942732) SELEWAT-LEWATNYA pada tarikh 17 JANUARI 2011...kerjasama anda AMAT-AMATLAH diharapkan untuk melancarkan proses pengurusan kita...

Berikut adalah perancangan yg telah termaktub dalam buku Nur Azimah...
sebarang perubahan akan di beritahu kemudian...

TEMPAT:BATAM,INDONESIA
TARIKH:25,26,27 MAC 2011(JUMAAT,SABTU,AHAD)
YURAN:RM400 seorang(termasuk tiket pergi balik,penginapan,makan minum dan jajan...)
PERJALANAN:USIM ---> JOHOR BHARU---> BATAM INDONESIA

sekian maklumat yg dpt diberikan..sebarang mklumat lanjut akn menyusul kemudian...kerjasama anda adalah amat2 diharapkan..

p/s:"...sekiranya kita memudahkan kerja manusia,ingatlah..Allah akan memudahkan urusan kita..."

wassalam....~♥ ♥ ♥~ ^_~
LIFE MUST GO ON..~

Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..

Laugh when u can

Apologize when u should and let go of what u can’t change

Love deeply n forgive quickly

Take chances, give everything

And have no regrets

Life is too short to be unhappy

You have to take the good with the bad

Smile when u re sad

Love what u got

N always remember what u had

Always forgive but never forget

Learn from your mistakes bur never regret

People change and things go wrong

But always remember….LIFE GOES ON..!!!!!!!!!!

Takbir, ALLAHU AKHBAR!!

Saturday, January 8, 2011


SALAM MENERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KALIMAH 'TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH..~


"Kalian adalah satu Ruh al-Jadid yang mengalir dalam urat nadi umat, lalu kalian menghidupkannya dengan cahaya al-Qur'an...


Kalian adalah satu sinar baru yang bergemerlapan, lalu kalian menghapuskan kegelapan fikrah maddiyyah dengan ma'rifatullah...

Kalian adalah suara-suara lantang, yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w...."
(Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna Rahmatullah `alayh)

JADIKANLAH DIRIMU ORANG YANG ALIM..

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "
Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

(Al-Bazzar)

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.

Huraiannya:

Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.


Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

Thursday, January 6, 2011

HaRus beRUbAH!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة ...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat lagi kita bertemu dan menapak di bumi bertuah ini. Semester baru datang lagi…kepada sesiapa yang mendapat keputusan cemerlang dijadikanlah ia tiket untuk lebih cemerlang di masa akan dating dan kepada yang tidak berpuas hati , janganlah berputus asa kerana yakinlah ada hikmah di sebalik kejadian.Apa yang penting, persoalannya adakah kita benar-benar mahu berubah dan berhijrah untuk menjadi yang terbaik.

SENARAI KURSUS

Semester II Sesi Akademik 2010/2011

FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

SARJANA MUDA DA'WAH DAN PENGURUSAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN

Kod

Keterangan

Kredit







AAA2022

AKHLAK DAN TASAWWUF

2


AAA3102

METODOLOGI PENYELIDIKAN

2


AAD2063

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

3


AAM1053

PENJANAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

3


AAM2143

KOMUNIKASI DAN JARINGAN

3


AAM3033

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

3


UTA2072

PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH

2


UTA2082

PENGAJIAN HALAQAH

2


Minggu pertama sesi pengkuliahan mesti dirasakan amat menarik kerana masing-masing excited untuk mengetahui lecturer yang mengajar dan sebagainya.Al-maklumlah kelas tutorial belum bermula lagi.Namun,ingatan buat diri dan sahabat-sahabat marilah kita sama-sama berusaha untuk menyerlah jauh dari yang biasa bukan sahaja untuk semester ini tetapi juga semester-semester akan datang.

Di sini, dicatatkan serba sedikit mengenai pembelajaran minggu ini.Bermula dengan subjek Creative Thinking yang diajar oleh Pn Masyitah Sulaiman.Subjek yang amat menarik di mana kita akan sama-sama dapat meningkatkan skill pemikiran kita bukan sahaja dalam membuat keputusan tetapi juga dan setiap aspek kehidupan. Kuliah yang pertama ini dirasakan amat menarik kerana kita dapat mengetahui bagaimana otak dan minda kita bekerja iaitu melalui otak kanan dan otak kiri. Jangan lupa untuk memikirkan tajuk asaiment anda sementara masih berkelapangan ini. Serba ringkas tajuk2 yang diberi ialah 1)traffic accident involving express buses.2)Worlwide Halal Fast Food.3)Improve services in Malaysian government hospital.4)Improve innovation of flat screen television.5)Robbery cases in goldsmith shops and banks.6)study and improves digital sources and service digital library.7)Invent a user friendly ATM machine.8)Design and visualize modern and futuristic Malaysian house in 2050.9)design two concepts of garden or greenery landscape .12)design a concept og modern Islamic city.13)teenager problem.14)visualize aircraft or car design in future.15)study Malaysian habit on reading.

Bagi subjek Islam & Current Issues ((اسلام و قضايا معصرyang diajar oleh Dr. Rushdan juga tidak kurang hebatnya.Walaupun kelas agak padat kerana bercampur dengan pelajar FPQS tahun 3 namun ia tidak sekali-kali menganggu tumpuan terhadap syarahannya. Sebagai mukhadimah, Dr. telah memberi kata2 semangat supaya sentiasa berfikiran positif walau di mana jua kita berada. Kita mesti mengetahui erti sujud yang sebenar-benarnya.Adakah kita sujud kerana kita sembah Allah atau kita sedar kita ini hamba Allah.Dr.juga memberitahu bahawa kita sebagai pelajar islam mestilah alert dan sensitive tentang isu2 semasa. Jangan lupe ye sahabat-sahabat, tentang saranan Dr. supaya beristigfar dahulu sebelum tidur. Moga kita menjadi mukmin sejati.Jangan ada rasa benci terhadap sesame muslim dan berusahalah untuk menangis hatta sekalipun kita buat2 menangis demi cinta kita pada Ya Robb.

Subjek Akhlak dan Tasawuf pula akan disyarahkan oleh Ustazah Suhailiza Md.Hamdani amat seronok bermula dengan pengenalan wakil2 pelajar dari FKP,FPBU,FST dan SYARIAH.Terima kasih kepada Fadhil kerana berani mewakili kita semua. Antara kepentingan kita belajar akhlak adalah kerana dapat membezakan tingkah laku manusia dengan haiwan,dapat hidup dengan bahagia dan ia adalah sebaik-baik ilmu juga untuk dipelajari.

Selain itu, subjek Methodology penyelidikan yang akan diajar oleh lecturer yang sangat berpengalaman walaupun masih baru di bumi USIM. Prof.Madya Dr. Syarifah Meriam Bt Syed Akil yang berasal dari Kedah, walaupun tegas tapi amat mementingkan kualiti pembelajaran. Diingatkan kepada sahabat2 yang dikasihi supaya jangan sesekali datang lewat ke kelas beliau.

Subjek komunikasi dan jaringan akan diajar oleh Madam Marina Munira Abdul Mutalib. Sepertimana kita ketahui bahawa organisasi Islam tidak dapat berdiri sendiri tanpa hubungan yang rapat antara organisasi yang lain.Oleh itu pentingnya komunikasi dan jaringan dalam memperluaskan dakwah kepada masyarakat bukan sahaja di dalam Negara malahan luar Negara . Jangan lupa bahawa kita telah diberikan tugas. Sekali lagi ingin diingatkan kepada semua supaya mencari artikel mengenai isu organisasi islam-fotostat-baca-bawa waktu kelas nanti dan mencari nama NGO antarabangsa serta mengenalpasti di perpustakaan no rujukan buku yang akan kita gunakan untuk subjek ini. Jangan takut buat kesilapan selagi kita masih bergelar pelajar.

Akhir sekali untuk kelas minggu pertama ini adalah kemunculan pertama Dr.Adanan selepas mengerjakan Haji. Sama seperti biasa,tidak kering gusi dibuatnya. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam kelas Dr. ini terutamanya kepada Helmi,Hanan,Diana,Zmah,Musyitah dan Hanim??Dalam subjek ini kita akan mempelajari bagaimana menyediakan pekerja yang berkemahiran dalam sesebuah organisasi.Semestinya subjek Human Resourse Management. Antara tugas HR Department adalah mengrekrut pekerja sekaligus meningkatkan kemahiran dan menjaga kebajikan para pekerja.

Akhir kata, semoga semester ini lebih baik dari semester yang lepas tidak kiralah dari aspek tingkah laku kita,ukhwah,keputusan peperiksaan dan sebagainya. Moga terus maju kepada semua bakal-bakal Daie.Ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk...Wallahualam





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...