Wednesday, December 21, 2011





Muzakarah Kepimpinan dan Pengurusan

Tarikh : 21 Disember 2011
Masa : 8.00pg – 1.00 tghri
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FKP

Berilmu seseorang itu tidak akan bermakna jika ilmunya tidak disebarluas dan dipraktikkan secara komprehensif oleh semua pihak. Maka, Penganjuran Muzakarah Kepimpinan dan Pengurusan ini merupakan medan keilmuan yang tepat dalam member ruang kepada perkongsian ilmu pengetahuan di antara pakar-pakar dalam bidang-bidang yang berbeza dalam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan pihak umum.

Matlamat

1) Medan pertukaran idea, pengalaman dan pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu termasuk kepimpinan, pengurusan, pemikiran Islam, perbandingan agama, komunikasi, dakwah, media baru, kaunseling, pencegahan penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

2) Membentuk budaya keserakanan akedemik dalam membantu melonjakkan aspek penyelidikan, pengajaran persidangan dan penerbitan.

3) Untuk mewujudkan budaya persekitaran akademik yang akan mendorong berlaku sinergi ilmu antara pelbagai jurus dan bidang ilmu.

4) Untuk menghasilkan manuskrip bg tujuan penerbitan di peringkatan FKP

Terdapat 7 kertas kerja yang telah dibentangkan yang mewakili setiap program di FKP, antaranya :

1) Kertas Kerja Pertama : Etika Kerja Dalam Islam
Oleh : Saudara Zubair dan Nurul Husna

2) Kertas Kerja Kedua : Unsur2 Filem Seram terhadap Kanak2 Muslim
Oleh : Siti Salwa dan Rafidah Husin

3) Kertas Kerja Ketiga : Tayangan Dokumentari Mengenai Sejarah Kampung Jawa Panchor, Muar
Oleh : Prof. Madya Datin Dr. Sapora Binti Sipon

4) Kertas Kerja Keempat : Sharing Experience in UK, Australia and Jordan (not sure the right title)
Oleh : Jaziratul Shila Binti Jamal
Khairunneezam Bin Mohd Noor
Siti Suriani Binti Othman

5) Kertas Kerja Kelima : Dakwah di tempat kerja
Oleh : Dr. Khairunneezam Bin Mohd Noor

6) Kertas Kerja Keenam : Kesedaran Budaya Malaysia : Satu Perbincangan dari Perspektif Islam
Oleh : Siti Suriani Binti Othman
Fauziah Binti Hassan

7) Kertas Kerja Ketujuh : مس الجن للإنسان و علاجه في القرءان
Oleh : PROF. Madya Dr. Mosbah Mansour Moussa Motawea

Allah berfirman yang bermaksud :
Maka adapun orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya ( syurga ). Demikian itulah kemenangan yang nyata. (Al-Jasiyah : 38)

Moga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk diri dan dapat diamalkan.
Moga kemenangan dunia akhirat milik kita semua.
Wallahualam.

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

wallahu'alam.

Nukilan- Azhar Zulkifli

Sunday, November 27, 2011



















Program Khidmat Sosial Masyarakat Orang Asli
Kg Langkap Dangi Jempol, Negeri SembilAN

DENGAN NAME ALLAH YANG Maha Penyayang Lagi Maha mENGASIHANI

Alhamdulillah..selesai 6 hari 5 malam bermuala 8 Nov- 13 Nov 2011 yang lalu... sememangnye menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal kami...

Program ini dianjurkan untuk memenuhi subjek pengamalan dakwah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Namun kami menganggap ia adalah satu dari wasail dakwah yang kami pelajari iaitu daurah... Di sini lah kami dpt mengeratkan ukhwah dan dapat tahu karenah dan sikap kawan2 yang kami sebelum ini tidak tahu...Susah senang kami hadapi bersama dalam mengendalikan program tersebut...Sungguh manis ukhwah terasa..jutaan terima ksih jge kepda pensyarah dan staff Fakulti Kepimpinan dan pengurusan kerana turut serta turun padang membantu kami dalam program ini...moga ianya dirahmati Allah...

Banyak aktiviti2 yang diadakan terutamanya dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat di perkampungan Orang Asli tersebut... Setiap peserta mempunyai ibu dan ayah angkat masing-masing dan kami berpeluang mengetahui serba sedikit budaya dan kepercayaan mereka.

Antara aktiviti2 yang diakan juga adalah gotong-royong di sekitar kampung, gubahan, malam kebudayaan, sukaneka, jungle tracking, mengayam daun palas, reka cipta,tayangan video, cek kesihatan, pelawanan bola jaring dan sepak takraw, permainan tradisional,belajar menyumpit dan banyak lagi..sungguh! pengalaman ini tidak dipelajari di dewan kuliah...

Jom tengok perkongsian pengalaman dari sahabat2 kite dr FB..=)

Maiza said..."mak n ayah angkt saye sebenarnye x suka panggil mak n ayah sebb umo diye baru 20 n 23 thn...dah ade anak sorang name sebenar sofea qistina ape tah tpi panggil yiyin...so panggil kak long ngan abg long jela coz dua2 anak sulong....kak long kate tunggu yiyin besar dulu nak msuk Islam..wallahualam....ermm..suami diye pun bekerja dengan mains sebgai mandur kebn kelapa sawit..so diorang memng terdedah la dengn Islam nie...walhal sebelum makan pun diye tanye dah baca doa makan ke belum..dan ade keluar perkataan insyaallah, Allah bile bersembang...diorang ni bebas (tiada agama).."....


qaseh said.." mak kita namanya norasita umo 26 dan ayah ewan umo 24....adik kita hazril umo 3 bulan....alhamdulillah meke dah Islam sebelum kawin...ayh kita bukan org asli. Jadi utk kawin mak kita pun masuk Islam...dan mak kita da g tau yg utk adik kita hazril dia akan "jaga" adik utk terus dlm Islam. sebab apa yg kita dapat tahu dari nenek kita (mak iqlima dan firdaus) anak2 org asli xdipaksa utk peluk agama apa2....:)"


IQlima said".. mak kte name NOYAH n ayah YASEH..diorang bkn islam..tp di0rang taw serba sedikit tntg islam..contohnya diorang p'caya qada' n qadar tuhan,titian sirothol mustaqim n hukum halal n haram..ade gak sy tnye pnah x t'lintas nk msok islam..dia ckp pnah tpikir..tp dulu,time muda2..skang alasan diorang x nk msok islam sbb da tua n nenek moyang diorang bkn islam...lg 1,diorang x larang jika anak2 mereke mahu memeluk islam..alhamdulillah,2 orang dr ank mrk telah memeluk islam.."

Firdaus said.."...diorang memang baik sangat..semoga Allah memberi hidayah kepada mak dan abah dan semoga kita berjumpa di syurga Allah kelak..amien.."

Bai said..".ak nak komen pasal nanges dulu..berjujurai jugak air mata ni menitik.hhaha tpi sebb terlalu tersentuh dengn lagu sudirman tu...macm keena je lak an...adoiiyai..tahan punye kuat tu...tapi ape kan dya air mata tu nak jugak kuar..kuar ka je la...hahhaa...setiap org ade reason masing2...why they Cry..ni soal hati,..perasaan...IBU..AYAH..FAMILy....tu yg x leh tahan...
sebb yg utama adalah hubungan sesama manusia..hABLUMMINANNAS...
moga kite dpt ape hikmah yyg terbaik dari jalan dakwah yg kita lalui ni..."

Anha said.."... sy nangis sbb tk smpai hti nk tngglkn kg trsbt dan tok batin,sayu tgk tok batin,mcm ayh sndri.wk2 tu plk,dpn2 tok batin,tok batin mcm nk ngs je sbb nmpk mta mrh.tp tok batin smpn kot,sbb tk nk ank2 dia tgk dia tgh sdh.........tp bst lg lau ade ibu,tp ibu da tk de.............tok batin kte,lau ade ibu lg brtmbh erat.............

Janah said"...still update,msj2 'mak dan adik'..juge melalui FB ngan 'adik'.....................=)

Fik said..".. teruskan hubungi mereka..n layan seperti kuarga sendiri..sinar hidayah dan bantuan ALLAH..iallah akan menyusul di atas niat kita yg baik...AMEN YA RABB..."

Bidadari Uhud nk share jugak...."..malam first 2 sdh sgt x dpt jmpe mak agkat.. bile g ziarah esoknye bru la dpt taw rupe2nye mak saya dlm pantang,bru 2minggu..dpt baby comel..hehe..mak saya ok je, cuma ayah sy mcm malu2..family mak agkt sy ni ad yg da msuk islam dn dyeorg da bese dgn lifestyle islam..cuma mrk msh x nmpak lg keindahan islam dsebabkn sikap sgelintir umat islam itu sendiri..tp sy harapkn Allah buka pintu hati dyeorg tuk terima islam..miz them so much"

"Hanya Untuk Mu kate bestnye korg ade family angkt..hehehe tp bg aku dorg sume fmly aku..rmi fmly aku t sne..hehe aku rindu udi la...dak yg menari tarian cina mlm kebudayaan tu..yg kt tengah2..hahahaha"


Saffyrah Asam say"... rindu kt burn..."


Husna Salim said.."igt lg burn pgg Gopal...men2 nan anjing dia...pehtu sume kompius nk pgg burn ke x...da la tu time nk mkn..itu yg kt nmpk...hihihi kenangan..."


SEKADAR PERKONGSIAN.... jgn jadikan perselisihan faham itu sebagai bahana tetapi hikmah untuk same2 memperbaiki kesilapan dan thabat dijalan ini...apa yang penting mari sama2 perbaiki diri dahulu sebelum mahu menyelesaikan masalah UMMAH...marilah kita menjadi golongan yang ABRAR..berbakti untuk masyarakat..sungguh!mereka memerlukan kita....

“ Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan Islam, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran. Dan merekalah orang yang benar-benar berjaya”. Al Imran : 104....


BAIKI DIRI SERU YANG LAIN...............coretan jalanan Insan Kerdil....



Saturday, November 19, 2011























Assalamualaikum....
Demi masa....Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, ....kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran...

Sekadar perkongsian...semoga bermanfaat ..InsyaAllah...

Tanggal 30 September hingga 2 Oktober 2011, semua pelajar thn 3 Dakwah dan Pengurusan Islam telah menghadiri Seminar Transformasi Pengurusan Islam 2011. Ia merupakan program yang dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 3 hari di mana perasmian program yang berlangsung pada malam 30 September 2011 telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kami amat bertuah kerana dapat menghadiri program yang gilang gemilang diadakan dan semoga ilmu yg diperolehi dari seminar tersebut bermanfaat hendaknya..

ATURCARA PERASMIAN
KARNIVAL TRANSFORMASI SISTEM PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA (Trans-spi 2011)


30 SEPTEMBER 2011 – (JUMAAT)

08.00 am-Pendaftaran peserta dan Ketibaan para tetamu jemputan
09.00 am-Ketibaan tetamu kehormat
09.30 am-Ketibaan YAB DATO‘ SRI MOHD.NAJIB BIN TUN HJ. ABD.RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
09.40 am-Bacaan Doa
09.50 am-Ucapan Aluan oleh Y.B. DATO’ SERI DR. ABDULLAH MD. ZIN
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

10.10 am-Ucapan Perasmian Oleh YAB DATO‘ SRI MOHD.NAJIB BIN TUN HJ. ABD.RAZAK
Perdana Menteri Malaysia

Gimik pelancaran Oleh YAB DATO‘ SRI MOHD.NAJIB BIN TUN HJ. ABD.RAZAK

11.45 am-Majlis bersurai.

3.00 pm- Rakaman Forum Hal Ehwal Perdana



ATURCARA PROGRAM
SEMINAR TRANSFORMASI SISTEM PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA (Trans-spi 2011)



1 OKTOBER 2011 – (SABTU)
08.00 am am Pendaftaran peserta
09.00 am Special Forum 1

Panel 1: Y.B. DATO’ SERI DR. ABDULLAH MD. ZIN
(Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia)
Transformasi Sistem Pentadbiran Islam di Malaysia Sejak Merdeka, Kini dan Masa Depan.

Panel 2: PROF. MADYA DR. ASYRAF WAIDI DUSUKI,
International Syariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Sistem Perbankan Islam di Malaysia dan Pengaruhnya Dalam Transformasi Kewangan Dunia Islam.


Panel 3: TAN SRI DATUK SHEIKH GHAZALI HJ. ABDUL RAHMAN
(Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara)
Kelestarian Sistem Perundangan dan Kehakiman Islam di Malaysia Menjelang Tahun 2020.


11.00 am Kudapan Pagi
11.30 am Sesi Selari 1
01.00 pm Makan Tengahari/Rehat
02.30 pm Sesi Selari 2
04.00 pm Sesi Selari 3
05.30 pm Kudapan/Bersurai


2 OKTOBER 2011 – (AHAD)

9.00 am Special Forum 2

Panel 1: PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN
Sistem Pendidikan Islam di Malaysia Sebagai Model Pendidikan Dunia Islam.


Panel 2: PROF. DR. ZUKIPLE ABD GHANI (USIM)
Transformasi Sistem Kesenian dan Kebudayaan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia.


Panel 3: PROF. MADYA DR. MOHD. KAMARULNIZAM BIN ABDULLAH,
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKM
Perkembangan Sistem Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia Sebagai Negara Islam: Cabaran Dalam Membina Lanskap Negara Maju.


11.00 am Kudapan Pagi
11.30 am Sesi Selari 4
01.00 pm Majlis Penutup Seminar
01.30 pm Makan Tengahari dan Majlis Bersurai

Tuesday, September 6, 2011


Panggilan Jihad- Prof Hamka.

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar
Kalam suci menentukanku berjuang,
Maju serentak membela kebenaran,
Demi agama, bangsa dan keadilan.

Panggilan jihad kobarkan, panggilan jihad kobarkan
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar
Putra-putri Islam harapan agama, majulah serentak

Gemakan persatuan kalam Tuhan,
Mari kita memuji, mari kita memuja
Peganglah persatuan kalam Tuhan

Kalam suci menentukan aku berjuang
Maju serentak membela kebenaran
Untuk agama, bangsa dan keadilan

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar
Pemuda-pemudi bangunlah,
Panggilan jihad rampungkan,
Harta dan jiwa serahkan,
Binalah persatuan, ciptakan perdamaian.

Menuju persatuan kalam Tuhan,
Kalam Ilahi menuntut persatuan
Perpecahan meruntuhkan kekuatan
Pertikaian menguntungkan musuh Tuhan
Hanya iman tauhid dapat mmenyatukan
Tuntutan agama menjadi tujuan.

Hukum Allah tegakkan, Hukum Allah tegakkan

Allahuakhbar,Allahuakhbar, Allahuakhbar
Ulama pemimpin Islam dengarlah, demi agama sedarlah,
Hentikan pertikaian,ciptakan perdamaian
Menuju persatuan kalam Tuhan.

Teks syair : Prof Hamka
(10 Feb 1999/28 Syawal 1419)

Thursday, August 18, 2011

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN [Edit 1432H]

Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pendahuluan:

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]

Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama:

Pertama: Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.

Kedua: Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan ( Nuzul )? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?

Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama’ Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.

Pendapat Pertama:

Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah. Antara ulama’ sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.[2] Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah s.a.w bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan ( dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:

روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه[3]

Maksudnya: Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja’far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.

Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ( Bermulanya Penurunan Al-Qur’an ), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut:

قال ابن إسحاق: فابتدئ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتنزيل في شهر رمضان، يقول الله عز وجل: ( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان )

وقال الله تعالى ( إنا أنزلنه في ليلة القدر… )…وقال تعالى ( إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان ). وذلك ملتقى رسول الله صلى الله عليه وسلم والمشركون ببدر.

قال ابن إسحاق: وحدثني أبو جعفر محمد بن علي بن حسين: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم التقى هو والمشركون ببدر يوم الجمعة، صبيحة سبع عشرة من رمضان.[4]

Maksudnya: Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman ( maksudnya ): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu,juga sebagai pembeza ( antara yang haq dan yang batil ). Dan Allah Ta’ala berfirman ( maksudnya ): Sesungguhnya Kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman ( maksudnya ): Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah ( yang dimaksudkan) pertemuan(peperangan ) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu ( memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadhan…

Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an ( pada ayat 185, Surah Al-Baqarah ) dengan ‘yaum al-furqan’ ( hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal ) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh kerana perkara ini disebut di bawah tajuk “ Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.

Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.

Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan.

Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.

Pendapat Keempat:

Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:

1- Semua ulama’ sirah atau majoriti dari kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadith Abu Qatadah r.a dalam Sahih Muslim dan lain-lain.

2- Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadith-hadith yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3- Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah:

(إنا أنزلنه في ليلة القدر) dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.[5]

Pendapat Kelima: Pendapat seterusnya, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadith berikut:

قال الإمام أحمد: حدثنا أبو سعيد مولى بني هاشم، حدثنا عمران أبو العوام عن قتادة عن أبي المليح عن واثلة بن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.[6]

Maksudnya: Berkata Imam Ahmad: Abu Sa’id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: ‘Imran Abu al-‘Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur’an ) pada 24 Ramadhan.

Hadith di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadith di atas bertepatan dengan firman Allah SWT ( Surah al-Baqarah: Ayat 185 ):

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ

Dan firmanNya ( Surah al-Qadr: Ayat 1 ):

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan di mana Al-Qur’an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama ( 24 Ramadhan ) wahyu pertama diturunkan, iaitu firman Allah SWT:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [7]

Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya: Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.[8]

Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah Bin Al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadith tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[9]

Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadith Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadith daripada Jabir Bin ‘Abdullah r.a seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.[10] Beliau juga ada menyebut hadith ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadith Wathilah ini, sebahagian ulama’ dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[11]

Turut menyebut hadith Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan Nuzul Al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.[12]

Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur’an seperti berikut:

1- Pendapat yang menyebut Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya[13]. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.[14]

2- Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul Al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadith Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

3- Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

I- Pendapat ini bersandarkan hadith marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadith. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas Al-Qur’an dan hadith. Dalam hal ini, hadith Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul Al-Qur’an.

II- Matan hadith dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.

III- Maksud atau mafhum hadith diterima pakai oleh ulama’ muktabar dari kalangan ahli hadith dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul Al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.

Penutup:

Kepelbagaian pandangan para ulama’ dalam membincangkan tarikh Nuzul Al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap Al-Qur’an Al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.

————————————

[1] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/40

[2] Lihat: al-Mubarakfuri, Syaikh Safiyy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum, Beirut: al-Maktabah al-Thaqafiyyah, h. 77.

[3] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut: Dar al-Fikr, 3/6.

[4] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah,1/239-240.

[5] Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, h.77

[6] Imam Ahmad,al-Musnad , Beirut: al-Maktab al-Islami 4/107, al-Baihaqi , al-Sunan al-Kubra 9/188, al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, No 185. Al-Tabari, Ibn Jarir, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, ( Tahqiq: Ahmad Shakir),al-Qahirah: Dar al-Ma’arif, 3/446, Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No 1575. Lihat: Yasin, Dr. Hikmat Bashir,( 1994 ), Marwiyyat al-Imam Ahmad Bin Hanbal Fi al-Tafsir, Riyadh: Maktabah al-Muayyad, 1/128.

[7] Al-‘Asqalani, Ibn Hajar,( 1988 ), Fath al-Bari, al-Qahirah: Dar al-Rayyan li al-Turath 8/621.

[8] Al-Tabari, Jami’ al-Bayan 3/445.

[9] Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Muassasah Manahil al-‘Irfan 2/198

[10] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, ( 2004 ),Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 2/180, lihat juga: 14/411

[11] Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/6

[12] Al-Albani, Muhammad Nasiruddin,( 1421 H ), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, Amman: al-Maktabah al-Islamiyyah, h.90

[13] Al-Baghdadi, al-Khatib, Tarikh Baghdad, 3/31, al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman, ( 1992 ), Siyar A’lam al-Nubala’,Beirut: Muassasah al-Risalah, 9/454, 469, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20

[14] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/52.

Abu Anas Madanai: Maqalah ini telah diedit semula oleh penulis (Dr Abu Zaid) pada bulan Ramadhan 1432H, Jazahullahu Khaira. –PSD 13-9-1432H. www.abuanasmadani.com

Wednesday, July 13, 2011

MEMORI EKSPEDISI DAKWAH SABAH





















Program Ekspedisi Dakwah Sabah 2011 (EKDSAH ’11) ini adalah satu program yang dirancang oleh pelajar-pelajar dari Program Dakwah dan Pengurusan Islam,tahun 2 dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia bagi sesi 2011 dengan kerjasama bahagian Pentadbiran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Program Ekspedisi Dakwah Sabah 2011 ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang meningkatkan motivasi diri. Justeru dapat memupuk semangat jati diri serta memberi pendedahan awal kepada para peserta EKDSAH ’11 dalam usaha-usaha untuk menyebarkan dakwah selain dapat melatih sifat kepimpinan dan keyakinan dalam usaha membantu peserta agar lebih statik dalam menghadapi cabaran menganjurkan program .
Bermulanya ekspedisi ini apabila para peserta perlu merentasi lautan selama hampir tiga jam sebelum sampai ke tempat atau destinasi yang hendak ditujui. Program Ekspedisi Dakwah Sabah yang dilangsungkan selama lapan hari, bemula dari 29 Jun 2011 hinggalah 6 Julai 2011 ini telah disertai seramai 19 orang peserta iaitu 12 orang wakil peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia sendiri dengan diiringi oleh Cik Fauziah binti Hassan yang merupakan seorang tutor dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Manakala enam orang peserta lagi adalah merupakan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai tanda jalinan kerjasama antara pihak Universiti Sains Islam Malaysia bersama dengnan Universiti Malaysia Sabah itu sendiri.

HARI PERTAMA HINGGA HARI KEDUA DI SABAH
TARIKH: 30 JUN 2011 (Isnin) – 1 JULAI 2011 (Selasa)
TEMPAT: Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan,Lahad Datu.
-Untuk sampai ke sekolah ini, kami mengambil masa selama hampir tujuh jam dari Kota Kinabalu dengan menaiki bas.
-Program yang berlangsung selama dua hari satu malam di mana pada waktu malamnya kami khususkan untuk pelajar asrama yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan satu. Manakala pada sebelah siangnya pula, kami telah mengadakan program bagi pelajar tingkatan empat yang seramai 57 orang. Bagi melancarkan lagi program disekolah ini, kami telah dibantu oleh enam orang lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah.
-Sesi pertama, kami selaku fasilitator telah memulakan malam pertama bagi program ini dengan sesi ta’aruf yang mana dalam sesi ini para fasilitator telah memperkenalkan diri mereka dengan cara yang tersendiri. Begitu juga bagi peserta atau pelajar yang mengambil bahagian, mereka juga perlu memberitahu serba sedikit tentang latar belakang diri mereka dan diikuti dengan beberapa aktiviti seperti LDK 1, LDK 2, latihan kemahiran diri para peserta melalui pertandingan yang di adakan, yang mana para fasilitator dan para peserta mampu menjalinkan ikatan yang baik sepanjang program bersama. Semua aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk menyelami dan mendekati hati mad’u-mad’u kecil ini.
-Pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan pelajar-pelajar yang dikhabarkan majoritinya mempunyai masalah dari segi akhlaknya dan sahsiahnya.

HARI KETIGA
TARIKH: 2 JULAI 2011 (Sabtu)
TEMPAT: Pasar Seri Tanjung, Tawau.
-Sepanjang kami berada di pasar Tanjung tersebut, kami telah melakukan suatu sesi temu ramah yang dikenali sebagai ‘Temu ramah Jalanan’ antara kami selaku penganjur dengan peniaga-peniaga di pasar tersebut. Dalam sesi ini, kami diminta agar menanyakan beberapa soalan kepada para peniaga serba sedikit tentang penyebaran agama Islam dan bagaimana perjalanan kehidupan masyarakat Islam di Sabah. Menurut Puan Hajjah Raja Nurhaeda, antara faktor yang menyebabkan perkembangan Islam di Sabah kurang aktif adalah kerana sikap para pendakwah yang tidak mahu menjejaki dan mendekati mad’u-mad’u di kawasan pedalaman. Setelah tamat sesi temu ramah, kami dibenarkan untuk melawat di sekitar pasar tersebut sebelum kami berangkat pulang semula ke Kota Kinabalu pada waktu malamnya pula.

HARI KEEMPAT
TARIKH: 3 JULAI 2011 (Ahad)
TEMPAT: Masjid Universiti Malaysia Sabah.
-Program yang telah kami jalankan di Masjid Universiti Malaysia Sabah ini adalah Program ‘Jejak Muallaf, Kasih Disemai, Ukhuwah Ditaut’. Program ini telah berlangsung dengan adanya kerjasama dari pihak Universiti Malaysia Sabah, JAKIM dan jemputan kami kepada pihak ABIM dan Hidayah Center yang merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas para peserta muallaf . Menerusi program ini, para muallaf telah didedahkan tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang saudara baru yang disampaikan oleh Ustazah Noordianah binti Haji Alwi yang merupakan penolong Pengarah Unit Maklumat Media dan Terbitan Jakim dan diikuti dengan sesi soal jawab antara muallaf dengan penceramah undangan tersebut.
-Melalui slot yang lain pula, telah diadakan sesi ramah mesra dan luahan hati para muallaf kepada para pelajar. Melalui perbincangan ini dapat melahirkan satu ikatan kepercayaan dan jalinan kemesraan antara para muallaf dengan para pelajar.

HARI KELIMA
TARIKH: 4 JULAI 2011 (Isnin)
TEMPAT: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
-Kami telah mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa buah tempat dan beberapa buah kawasan sekitar Universiti Malaysia Sabah yang dimulai dengan Muzium Aquarium Marin. Di Muzium Aquarium Marin ini, kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti kuda laut, penyu, tapak kaki sulaiman dan pelbagai lagi. Di sini kami melihat pihak UMS amat menitik beratkan tentang hidupan lain terutama hidupan laut dan mereka mampu mencetuskan idea yang begitu baik sehingga tertubuhnya bangunan Muzium Aquarium Marin dan ini.
-Selepas itu, kami telah dibawa untuk melawat ke perpustakaan UMS. Di sana kami telah diiringi oleh pegawai perpustakaan tersebut. Begitu uniknya kami rasakan tentang perpustakaan UMS ini apabila terdapat beberapa tempat khusus untuk menyimpan dan menghargai koleksi buku-buku yang terbaik. Contohnya seperti Nobel Literature di mana menempatkan koleksi buku. Dan di Koleksi Perdana, yang mana menempatkan tentang bibliografi-bibliografi dan hasil tulisan para pemimpin Negara yang pernah diterajui olah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah Perdana Menteri Malaysia yang sekarang.di perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Cyber Café yang memiliki sebanyak 500 buah komputer Banyak perkara dan maklumat-maklumat baru yang diperolehi oleh para peserta EKDSAH ’11 sepanjang lawatan di perpustakaan ini.
-Perjalanan seterusnya, kami telah dibawa melawat ke stesen radio UMS atau dikenali sebagai radio KKfm. yang kebanyakkannya diterajui oleh pelajar dari UMS sendiri. Di sana kami diberi penerangan serba sedikit tentang perlaksaan dan tugasan yang perlu mereka lakukan semasa berada di konti radio. Di sana, kami berasa amat bertuah kerana kami telah diberi peluang dan kesempatan untuk membuat rakaman suara untuk diperdengarkan oleh para pendengar radio KKfm di seluruh negeri Sabah.
-Di sebelah petang pula, kami telah diberi kesempatan untuk malawat ke Yayasan Sabah yang berada bersebelahan dengan Menara Tun Mustapha.Di Yayasan Sabah, kami telah mendengar taklimat ringkas daripada Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat iaitu Encik Steven dan diberi sedikit penerangan dan kesempatan untuk menyaksikan tayangan serba sedikit tentang penubuhan dan latar belakang yayasan tersebut.
-Kemudian, kami telah dibawa untuk melawat ke sebuah galeri yang terkenal di Yayasan Sabah iaitu Galeri Tun Mustapha. Di galeri ini, kami dapat mengenali dan mendekati sejarah Bapa Kemerdekaan Sabah ini dengan lebih mendalam. Galeri ini menempatkan koleksi-koleksi pakaian dan alatan muzik yang pernah digunakan oleh Tun Mustapaha ketika hayatnya. Berada di galeri ini, kami merasakan begitu besar pengorbanan yang terpaksa diharungi oleh Tun Mustapha bagi memastikan negeri di Bawah Bayu ini mencapai kemerdekaannya.

HARI KEENAM
TARIKH: 5 JULAI 2011(Selasa)
TEMPAT: Bandar Kota Kinabalu.
-Di Bandar Kota Kinabalu ini, kami telah pergi ke Pasar Philiphine untuk bersiar-siar dan melawat sekitar Sabah.
-Kemudian kami singgah sebentar di Masjid Negeri untuk menunaikan solat sekaligus melawat di sekitar kawasan masjid tersebut.
-Kami juga berkesempatan untuk melawat ke Kampung Tanjung Aru untuk menyaksikan sendiri penempatan penduduk di sana.

HARI KETUJUH
TARIKH: 6 JULAI 2011(Rabu)
TEMPAT: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)
-Di sana kami telah melawat Jakim Bahagian Sabah dan sempat menghadirkan diri untuk mendengar seminar ‘Wacana Minda: Ancaman Islam Liberal: Realiti dan solusi’
-Bertolak pulang ke Nilai,Negeri Sembilan.
Catatan Diari Lawatan Antarabangsa Jejak Islam di Batam Indonesia












Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
Segala puji bagi Allah s.w.t,kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah..
Bersyukur kehadrat Ilahi setelah bersusah payah untuk menguruskan gerak kerja lawatan antarabangsa Ekspedisi Jejak Islam di Batam, Indonesia, akhirnya berakhir dengan jayanya. Sungguh setiap apa yang diimpikan akan berhasil jika kita benar bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya. Terima kasih kepada Dr. Adanan Mat Junoh dan En. Rosli serta Mas Yassin yang banyak membantu kami.
Di sini penulis ingin mencatatkan memori-memori indah sepanjang lawatan di bumi Indonesia.
Kami memilih Batam, Indonesia sebagai tempat destinasi menjejaki warisan Islam yang ada di bumi Batam ini. Sungguh! bumi Batam ini amat berdekatan dengan negara Malaysia kerana jika menaiki feri mengambil masa kira-kira satu jam setengah sahaja dari terminal Stulang Laut,Johor. Lawatan kami disertai seramai 17 orang mahasiswa dan mahasisiswi pengajian Da’wah dan Pengurusan Islam tahun 2.

Hari Pertama.5 Mei 2011. Kami bertolak dari USIM pada jam 11.00 malam dan terus ke terminal Stulang Laut, Johor untuk mengambil tiket feri yang sudah ditempah. Kini baru penulis tahu bahawa berdekatan tempat itu terdapat kelab-kelab malam untuk hiburan para pemuda-pemudi. Kini penulis dapat mengetahui serba sedikit realiti kehidupan yang mana hanya didengari di media elektronik dan media cetak mengenai gejala sosial yang semakin parah di kalangan remaja.

Hari kedua.6 Mei 2011. Setelah menguruskan tiket dan pasport, kami mula berangkat dari terminal Stulang Laut, Johor ke Terminal Batam Centre. Perasaan kami bercampur baur apabila impian kami menjejaki bumi Batam akan menjadi realiti sebentar lagi. Sepanjang di dalam feri penulis sangat teruja melihat keindahan Sang Pencipta. Sungguh indah pemandangan laut dari atas feri . Kami memintal buih-buih lautan yang memisahkan Malaysia dan Indonesia. Apabila kami lewati perairan Singapura, feri yang kami naiki bergerak dengan perlahan kerana polisi kerajaan Singapura sendiri yang telah mengehadkan kelajuan jika melewati kawasan mereka. Penulis dapati kerajaan Singapura amat prihatin terhadap alam sekitar. Mereka telah memagar sepanjang kawasan perairan laut mereka supaya tidak dicerobohi dan dicemari.
Setibanya di Terminal Batam Centre, kami di sambut dengan pemandu pelancong kami Mas Yassin namanya. Dia terus membawa kami ke tempat penginapan kami di Pusat Informasi Haji yang berdekatan dengan terminal tersebut. Sungguh teruja apabila penulis mendapat tahu ianya adalah hotel yang seratus peratusnya mengikut syariah Islam. Hotel ini tidak tersedia minuman keras, tidak membenarkan lelaki bukan mahram naik ke bilik , hanya untuk suami isteri biarpun ia non muslim. Alangkah bagusnya kalau di Malaysia banyak terdapat hotel-hotel sebegini. Sungguh meyakinkan bagi masyarakat Islam khususnya.
Kami diberi masa untuk check in hotel dan bersiap sedia untuk ke Pantri Asuhan Yayasan Darul Aitam Batam. Pantri ini telah di bina semenjak tahun 2003 atas usaha persendirian yang menempatkan seramai 33 orang anak yatim dalam lingkungan umur 1 thn hingga 18 thn. Anak-anak yatim ini ditempatkan di dalam satu bangunan 2 tingkat dan yang hanya memisahkan mereka hanya tingkat atas dan tingkat bawah. Terpancar wajah-wajah ceria mereka menyambut kedatangan kami yang memerlukan bantuan bukan sahaja dari segi makanan, pakaian, tempat kediaman malah yang lebih utama ialah kasih sayang. Bersyukurnya kita jika masih mempunyai orang tua. Kami kagum dengan kecekalan para pembantu di pantri asuhan ini kerana ketahuilah ini usaha yang luar biasa yang tidak semua orang sanggup menempuhnya. Kami beramah mesra dengan mereka saambil memberi sumbangan yang tidak seberapa. Penulis terkesan akan cerita mengenai seorang pelajar di pantri ini yang hampir di bunuh kerana kepentingan peribadi ibunya. Sungguh menyanyat hati apabila seorang ibu yang sudah terlanjur dan membuat maksiat sanggup membunuh anaknya sendiri yang luar nikah itu. Mujur anak ini dapat diselamatkan oleh pihak yayasan kerana sanggup mengambil anak kecil ini. Bezanya keadaan di Malaysia kalau tidak salah ialah kerajaan yang membantu pembangunan pusat-pusat anak yatim seperti ini.

Hari Ketiga. 7 Mei 2011.Alhamdulillah, kami terus bersemangat menjejaki Islam di bumi Batam. Kami sangat terharu kerana diberi kepercayaan untuk ke udara secara lintas langsung di Radio Serumpun f.m iaitu salah satu radio swasta di Batam. Wakil yang telah ke udara untuk menerangkan tujuan penjelajahan kami di bumi Batam ini adalah mentor kami Dr Adanan dan En. Rosli serta Nur Azimah. Kami sangat teruja kerana warga Batam menyambut baik delegasi lawatan antarabangsa kali ini. Namun ada saranan di waktu sesi soal jawab oleh seorang warga batam supaya lawatan kami dilanjutkan ke bahagian Kepulauan Riau Lingggi yang mempunyai khazanah Islam yang asli. Saranan tersebut telah di sambut baik oleh Dr. Adanan.
Selepas wakil delegasi kami ke udara di Radio Batam iaitu Serumpun FM 91.7 (on air) kami berangkat ke Lembaga Management Zakat, Infaq dan Sadoqah Al-Kahfi . Di sana kami pelajari cara mereka menguruskan harta umat Islam di Batam. Kami dapat makluman bahawa masyarakat di Batam ini kebanyakannya adalah pendatang dan mereka membina pusat zakat ini khusus untuk membantu umat Islam di kawasan ini. Kesusahan mereka terpancar apabila di ceritakan mereka pernah membawa dua mayat dalam satu van akibat kekangan kenderaan. Namun semangat membantu umat Islam dan menyedari betapa pentingnya amalan fardhu kifayah menjadikan mereka sangat kuat sehingga segala urusan pengkebumian jenazah diuruskan oleh mereka sendiri. Antara saranan mereka kepada kami ialah tunaikan amanah sesuai dengan sunnah.Menjelang petang kami telah ke Lembaga Adat Melayu. Di sana kami lewati bangunan baru yang di bina dengan kerjasama pemerintah di sana kerana sebelum ini lembaga Adat Melayu ini juga terbina oleh pihak persendirian iaitu swasta. Walaupun terdapat masalah pengurusan untuk melawat tempat ini, kami tetap disambut dengan ceria oleh Pengarah Lembaga ini dan Dato’-Dato’ juga turut hadir. Kami diberi penerangan serba ringkas dan mempunyai maksud yang amat mendalam. Ya! Sungguh,terpisahnya Melayu di kota Batam dan Melayu di Malaysia ialah dasar penjajah. Penjajahlah yang memisahkan kita. Lawatan di Lembaga Adat Melayu telah memberi seribu satu kenangan dan menyuntik semangat para peserta lawatan untuk lebih giat membangunkan Islam supaya tidak terjadi seperti Melayu Singapura kerana Melayu di dapat tidak dia juga adalah beragama Islam.Penulis juga terkesan tentang salah faham masyarakat mengenai syarat-syarat lelaki yang dapat mencium bau syurga. Beliau juga menyarankan kepada kami supaya tidak memanggil negara Indonesia dengan panggilan “INDON” kerana ia amat sensitif yang mempunyai kaitan dengan sirah Hindon yang memakan hati Saidina Hamzah pada zaman Rasulullah SAW.
Hari keempat.8 Mei 2011. Kami tidak dapat melawat ke tempat yang ditetapkan kerana hari tersebut adalah cuti umum. Kesempatan ini kami di bawa menyelusuri pantai pulau Batam. Indah khabar dari rupa. Kebanyakan pantai telah dibangunkan resort yang dipelapori oleh orang beragama Buddha. Ini kerana kami dapati terdapat patung Buddha yang sangat besar di lereng-lereng bukit. Selain itu, kami juga singgah di Pantai Sekupang dan apa yang mengejutkan kami apabila berada di sana ialah pengajian Bible sedang dijalankan di tepi pantai. Sangat bijak pendakwah Kristian ini giat menyebarkan dakwah mereka. Moga ia dapat di tiru oleh para pendakwah Islam juga. Kawasan pesisir pantai mereka tidaklah begitu cantik berbanding dengan di Malaysia. Dr. Adanan memberitahu kami bahawa mengikut teori Moslow yang mempunyai lima tingkatan, antara sebab pantai mereka sebegitu ialah kerana ada keperluan lain yang lebih penting untuk mereka penuhi dan ia berlainan dengan negara maju seperti Malaysia dan Singapura.
Pada hari kelima pula,9 Mei 2011. kami telah melawat ke Pusat Dakwah Muhammadiyah ASEAN di Batam. Untuk pengetahuan Pusat ini mempunyai banyak cawangan di serata Indonesia. Pusat ini digelar Muhammadiyah yang bererti pengikut junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tempat tersebut di kelilingi sekolah dan antara fokus pusat dakwah ini adalah memperkasakan ilmu di kalangan anak bangsa sendiri. Kami sungguh terharu kerana presiden pusat dakwah tersebut sanggup menyambut kami walau keadaannya tidak mengizinkan kerana mengalami sakit gout. Untuk makluman, Pusat ini juga telah menubuhkan Maahad Said Bin Zaid. Kami berpeluang berkunjung ke Maahad ini tetapi kurang bernasib baik kerana pelajar-pelajar di sana sedang bercuti. Maahad tersebut menyediakan Program Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Program Tahfizh Al-Quran. Pengajar Maahad ini adalah lulusan tinggi terkemuka di Timur Tengah dan Indonesia sendiri sehingga dapat menghasilkan suasana yang kondusif bagi mahasiswa dalam penguasaan bahasa arab itu sendiri. Kami amat tertarik dengan usaha pihak ini kerana terbinanya Maahad ini adalah juga sumbangan dari dermawan Dubai. Maahad ini menyediakan program praktikal di desa-desa terpencil di pelosok nusantara selama tiga bulan bagi melahirkan para daie yang benar-benar ditugaskan untuk menyambung warisan Islam di sana. Pengajaran hasil drpd kunjungan Pusat Dakwah Muhamadiah adalah banyak sekali orang Islam menukar agama kerana indomee. Sewajarnya AKIDAH tidak boleh dijual beli dengan apa pun. Bak kata En. Rosli bahawa ada antara keluarga yang hidup di pedalaman menukar agama mereka kerana mahukan keperluan harian dan makanan. Sungguh menyanyat hati kerana missionary fokus kepada masyarakat Islam yang kurang pegangan agama dan hidup dalam kemiskinan yang akhirnya memaksa mereka berbuat demikian.
Seterusnya petang hari, kami telah berkunjung ke Universitas Batam, Indonesia yang mana telah dibina oleh Yayasan Griya Husada dan diberi nama awalnya ialah Abulyatama. Universiti ini didirikan pada 30 Mei 2000 dan mempunyai empat fakulti iaitu fakulti Hukum, Teknik, Ekonomi dan Kesihatan. Perbincangan kami lebih menjurus kepada pertukaran maklumat antara USIM dan UNIBA serta mereka sungguh kagum kerana mendapat tahu bahawa pelajar-pelajar di Malaysia berpeluang menimba ilmu dengan pinjaman PTPTN manakala pelajar-pelajar mereka di sana hanya diberi biasiswa dan untuk keluarga yang mampu membiayai pengajian sahaja.

Hari keenam.10 Mei 2011. Kami berpeluang menelusuri kepulauan Riau dan melihat sendiri mercu tanda di Pulau Batam iaitu Jambatan Berelang yang menghubungkan pulau-pulau di Batam. Untuk pengetahuan proses pembinaan jambatan ini telah diimport khas teknologi dari Jerman. Delegasi Lawatan Antarabangsa Jejak Islam di Batam kali ini merasa agak rugi kerana tidak dapat berkunjung dan berdiskusi dengan Walikota di Batam ini kerana telah kami dibatalkan pada saat-saat akhir. Ingin sekali kami bertanya bahawa sejauhmana perkembangan Islam di bumi Batam ini walaupun kami dapat tahu bahawa masyarakat Islam di bumi Batam ini peratusannya menurun lebih kurang dari 90% ke 70%. Banyaknya kerja kita semua untuk fahamkan umat ini dengan Islam yang lebih luas. Semoga semangat beramal untuk Islam itu akan menjadi lebih luas kerana fahaman Islam mereka yang lebih luas.

Hari ketujuh.11 Mei 2011. Setelah seminggu berada di bumi Batam Indonesia, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Seperti hari-hari biasa sepanjang di bumi Batam, kami keluar seawal 5.30 pg waktu Indonesia untuk beriadah . Hari terakhir itu kami rasakan semacam hari pertama kami jejakkan kaki di bumi Batam. Semestinya menyimpan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Kami menaiki feri dari Batam Centre ke Stulang Laut, Johor Bahru pada pukul 11.00 pg dengan membawa lebihan beg yang sudah beranak pinak. Alhamdulillah kami tiba di USIM pada jam 7.00 petang.
Moga lawatan ini dapat memotivasikan para peserta supaya lebih maju dan cemerlang serta menjadi insan pembela agama di kemudian hari. Moga ceramah motivasi dari Dr. Adanan Mat Junoh dapat membakar semangat kita supaya terus menggapai cita-cita walau pernah kecundang di tengah jalan. Antara saranan Dr. Adanan ialah “ jangan tanya dari mana kita datang tetapi tanya ke mana kita nak pergi”. Serta kata-kata dari wakil Lembaga Adat Melayu iaitu senantisalah menjadi orang yang “lapar” iaitu sentiasa mahu berusaha dan senantiasa menjadi orang yang “bodoh” iaitu sentiasa mahu belajar dan menuntut ilmu. Akhir kata daripada penulis, Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)

Thursday, June 16, 2011



IKHLAS BAGI Daiee

Daie ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka.Mereka memahami firman Allah:
Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)
Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah,
“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)
Namun, keikhlasan para duah seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampu
menggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi)

Bukti yang boleh kita saksikan ialah:

1) Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

2) Menuduh Diri Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.

3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:
Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah


Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”

4) Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.

5) Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”
Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.

6) Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin
Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan kemashlahatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia lewatkan.

7) Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu

8) Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
9) Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg plagi pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)

10) Berasa Senang Jika Ada Yg Bergabung
Berasa senang jika ada seseorang yg mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya. Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kpdnya.

11) Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith disebutkan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama amnusia adalah pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)
Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang itu utk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali sbg orang yg tertipu.

12) Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)

13) Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:
“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)
Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah pelecehan yg menghinakan.
Sungguh ternyata benar apa yang dinukilkan oleh Yusuf Qaradhawi seperti di atas. Buat mereka di atas jalan ini, setiap butir perkataannya umpama kata lontar lembut dan keras yang menimpa diri kita. Bersama kita koreksi diri dan tsabat berjuang untuk Allah.
Wallahu alam.

Saturday, April 2, 2011







Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'awah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...