Betulkah SAHABAT adalah orang yang boleh menunjukkan di mana letaknya kesalahan kita??
Betulkah SAHABAT adalah orang yang tidak menunjukkan perasaan negetif dalam hati dan fikirannya??
Betulkah SAHABAT adalah orang yang boleh menegur dan menasihati kita??
Betulkah SAHABAT tidak pernah menyakiti hati sahabat lain??
Seperti kita tahu semua manusia di dunia ini mempunyai teman,sahabat, dan kawan.Namun adakah kita tahu peranan dan fungsi sahabat sejati.Mari kita sama-sama renung-renungkan dan melayari keindahan persahatan dan ukhwah sesama kita.Antara syarat-syarat bersahabat dalamIslam dan ciri-ciri sahabt sejati adalah seperti berikut:
1. BERAKAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya.
2. BERAKHLAK MULIA
"Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”-Saidina
Ali.K.W“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu”
3. BAIK HATI
Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkan kebaikkan.
4. ZUHUD
Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengigati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia.
5. BENARSahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.
Sifat2 Sahabat yang baik :
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
yang terakhir, antara hak2 sahabat ialah:
“ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat sejati seperti anda. Semoga kita sama-sama mngetahui tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat supaya kita menjadi sahabat yang benar-benar sahabat kepada sahabat kita.
Namun renung-renungknlah...bukan senang menjaga bicara,tidak mudah menjaga tingkah,kadang-kadang sering salah mentafsir maksud,lantas hati bersangka buruk,kadang-kadang silap menyusun kata,lalu terus memesong makna.Kita memang tiada sempurna.Allah jua tahu segalanya.Lalu untuk segala khilaf yang ada,mohon maaf atas segala kesalahan..